Terkini

Cara Terminate Talian Postpaid Secara Online

Sekian lama mengujicuba talian postpaid Digi infinite 150 dan infinite 100 sudah masanya untuk membatalkan langanan kedua²nya.


Polisi telekomunikasi sekarang sudah bagus dan tidak menggunakan sistem firaun dimana jika dahulu pelangan akan dikenakan kontrak(perjanjian) selama 1 tahun atau 2 tahun sebelum melakukan pembatalan akaun.



Pula tu jika terpaksa membatalkan servis talian tersebut pelangan akan dikenakan bayaran dipanggil sebagai denda.


Sistem firaun manalah mereka ikuti pada zaman itu sehingga menunjukkan pelangan seperti teraniaya dek kerana sistem mereka.


Sekarang jangan risau lagi, kebanyakkan pelan sudah tidak mempunyai kontrak sepertimana yang masih diamalkan oleh Telekom Malaysia(Unifi).


Untuk pengetahuan pihak telekomunikasi sekarang sedang sibuk menaik taraf talian kepada rangkaian 4G manakala rangkaian 3G pula bakal ditinggalkan kecuali encik 'U'.


Untuk menggunakan simkad 4G dari digi infinite kita terpaksa mencari peranti yang menyokong 4G untuk dapatkan kelajuan maksima. Manakala jika dipasangkan pada peranti 3G kita tidak akan dapat menggunakan internet berkelajuan tinggi.


Tidak pada encik 'U' jika di kawasan bandar hanya menggunakan internet dari rangkaian 3G sudah cukup laju untuk kita melakukan aktiviti streaming tanpa sangkut.


Persoalan disini bukan ingin menyalahkan pihak syarikat telekomunikasi tapi sekadar sedikit sebanyak review semasa penggunaan.


Cuma pada pendapat aku tidak semua individu mampu menaik taraf peranti 3G mereka kepada peranti yang menyokong 4G walaupun mereka adalah golongan pengguna internet tegar.


Hari ini aku akan kongsikan cara terminate Digi Postpaid secara online, bukan apa ia juga adalah salah satu kaedah untuk menjimatkan masa pelangan dan memanfaatkan penggunaan internet.


Setelah siap isi borang pastikan korang mempunyai alamat emel telekomunikasi itu sebagai contoh help@digi.com.my, seterusnya jangan lupa lampirkan salinan IC depan dan belakang juga tiada tunggakkan bil.


Dapatkan terminate letter di bawah.

https://goo.gl/JQQZZZ


ZALORA

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)