Terkini

Jumbo Chocolate Chips Cookies




oke ... hari ni cik sheena ingin berkongsi cara dan bahan-bahan untuk membuat biskut .. nyumy-nyumy ^^.. yok kite mulakan ...

Bahan - bahan :-

  • 250gm - butter tanpa garam (unsalted butter)[kube kan dan lembut kan]
  • 310gm - gula perang (brown sugar)
  • 125gm - mentega kacang kasar (peanut butter crunchy)
  • 3 sudu teh - esen vanila
  • 2 biji telur
  • 310gm - tepung biasa (plain flour)
  • 200gm - walnuts
  • 250gm - coklat pahit masakan (dark cooking chocolate)[potong kecil2]



Cara-cara membuat :-

  1. Panaskan oven 180C (350F/Gas4). Sediakan 2 loyang dan letak kertas baking.
  2. Pukul butter dan gula perang sehingga ringan dan berkrim. Masukkan mentaga kacang dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata.
  3. Masukkan telur. Sebiji demi sebiji dan pukulkan hingga sebati. Masukkan tepung, walnuts dan coklat.
  4. Gaulkan sehingga rata.
  5. Ambil 1 atau 2 sudu besor aduan tersebut ke atas loyang. Saya nasihatkan buat 1 batch dulu untuk lihat  berapa besar biskut itu selepas bakar. Ikut cita rasa masing2.
  6. Bakar selama 15-20 minit. Saya letak suhu paling rendah dan bakar selama 30 minit.
  7. Biarkan biskut atas loyang selama 5 minit.




Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)