Terkini

Rocky Road Brownies




Bahan-bahan :-
  • - 150gm coklat susu masakan (milk cooking chocolate) [dipotong kecil]
  • - 75gm mentega tanpa garam (unsalted butter) [dipotong kecil]
  • - 2 biji telur gred A
  • - 250gm tepung gandum
  • - 1/4 sudu teh garam
  • - 1/4 sudu teh baking soda
  • - 150gm cip coklat
  • - 75gm marshmallow
  • - 100gm biji gajus (sy beli yg dh dicincang dlm paket)

Cara membuat :-
  1. -Panaskan ketukar pada suhu 150C.
  2. -Cairkan coklat dengan mentega (kaedah double boil).
  3. -Dalam mangkuk pengadun, putar telur hingga kembang. Masukkan coklat cair, kacau hingga lembut.
  4. -Dalam mangkuk yang lain, campurkan tepung gandum dengan baking soda dan garam. Masukkan cip coklat, marshmallow dan biji gajus, kacau hingga sebati. Tuang ke dalam loyang berukuran 23 x 23 cm yang telah dilenser. Bakar hingga berwarna kuning kecoklatan selama 25 min.

P/s : kalau tak nak orang cakap kenapa nampak macam berkulat T_T . Guna marshmallow perisa coklat. Dan jangan biarkan timbul kat atas. Saya guna marshmallow perisa vanilla. Hasilnya macam nih. hahaha biarpon rupa tak cantik tapi sedap ^^


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)