Another recipe from writer. Cinnamon Rolls. Nih kali pertama penulis buat Cinnamon Rolls ;) haha abaikan rupa yang tak cantik nih... yang penting sedap kan3 :P |
Bahan A (roti) :-
1/4 cawan air suam
1/4 cawan mentega, dicairkan
1 cawan susu suam
1 biji telur
1 sudu besar gula kastor
1/2 sudu kecil garam
4 cawan tepung roti (saya guna tepung gandum saja)
0.25 ounce yis segera (2 1/4 sudu teh kecil)
sedikit ekstrak/esen vanila jika suka
Bahan B (filling) :-
1/4 cawan mentega, dilembutkan (untuk sapu pada doh sebelum tabur filling)
1 cawan brown sugar
4 sudu kecil serbuk kayu manis
3/4 cawan chopped pecans (boleh guna walnuts atau almonds, dicincang kecil-kecil)
Bahan C (cream cheese frosting) :-
8 ounce cream cheese
1/4 cawan mentega, dilembutkan pada suhu bilik
1 cawan gula kastor
1/2 sudu kecil ekstrak/esen vanilla
1 1/2 sudu kecil susu segar/full cream
Cara:
1. Satukan susu + air + gula + yis, tunggu lebih kurang 5-10 min sehingga berbuih...kalau kurang buih pun tak apa...saya proceed je.
2. Ayak tepung ke dalam bekas. Gaulkan dengan mentega, garam, telur dan esen vanilla. Buat perigi di tengah2 dan tuang campuran yis tadi.
Uli sehingga doh lembut dan licin. Rehatkan 30 min, tutup dengan kain atau apa2 saja cara anda nak tutup pun boleh.
2. Uli semula dan canai di atas permukaan yang telah ditabur tepung. Bentukkan lebih kurang 17x10 inci atau mengikut kesesuaian anda sendiri.
3. Satukan semua bahan B dalam bekas lain. Sapukan doh yang sudah dicanai tadi dengan mentega.
Taburkan campuran brown sugar+serbuk kayu manis+kacang tadi rata-rata. Saya tambah kismis :)
4. Gulung bermula daripada sisi yang lebih panjang, dan potong kepada 16 bahagian. Susun di atas loyang yang telah digriskan dengan mentega. Rehatkan lagi sehingga doh naik, kira-kira 45min.
5. Panaskan ketuhar 180 degree C atau 350 degree F lebih kurang 20min. Bakar doh yang telah disusun atas loyang tadi selama 15-20min.
Cream cheese Frosting
1. Campurkan semua bahan C dan putar.
2. Bila cinammon rolls sudah masak, bubuh cream cheese frosting di atasnya.
p/s: boleh refer web nih untuk sukatan :) sangat berguna http://www.jsward.com/cooking/conversion.shtml
Tips: Taburkan juga campuran brown sugar + cinnamon di atas cinnamon roll tu sebelum dibakar. Hasilnya nanti warna lebih cantik dan berkilat.
Boleh juga buat campuran susu + gula + estrak/esen vanila dan gunakan sebagai sapuan. Saya sapukan juga sedikit butter lepas keluar dari oven.
Catat Ulasan