Terkini

Yamaha LC135 : Impak Penggunaan Aksesori Penghadang Enjin

Sikit demi sikit penulis cuba dekatkan diri dengan penjagaan motorsikal maklum lar satunya kenderaan untuk pergi kerja, barang spareparts juga makin hari makin mahal kalau tidak dijaga elok² pada hari ini kelak kena keluar duit banyak untuk membaiki kerosakkan .


Cerita tentang motorsikal LC135 pasti pernah ada pengguna sangat gemar memasang aksesori seperti penghadang enjin dan penghadang radiator . Ya, memang benar ia menampakkan lebih bergaya dan sporty akan tetapi dalam masa sama kita tidak tahu ia juga boleh memberi impak yang besar terhadap enjin dan radiator motorsikal kita.


LC135

Bayangkan jika kipas angin dirumah anda ditutup dibahagian belakang menggunakan langsir adakah korang dapat rasa angin dari kipas itu ? Penulis rasa sudah pasti tidak, maka sama juga dengan mana² radiator dan enjin .


Google Images

Hong Leong Yamaha  Motor juga telah mengeluarkan notis kepada yamaha service center supaya menasihati pengguna motorsikal LC135 / FZ untuk menanggalkan penghadang enjin dan radiator kerana ia mungkin akan memberikan impak besar kepada enjin  .


Google Images

Dengan ini mana yang rasa motorsikal kelihatan centik selepas memakai aksesori diluar sana tu disarankan untuk mengambil langkah berjaga² supaya dihari lain anda tidak mengeluarkan duit yang banyak untuk kos membaiki . Biar luar setinggan tetapi dalam kondo cenggini har .


Vroom Vroom ! Cekidot ~



Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)