Terkini

Kenapa Goreng Cempedak Sendiri Lebih Berbaloi

sekejunG


Musim demi musim hingga masuknya musim buah cempedak , bagi yang kampung halaman mempunyai pokok cempedak sudah semestinya anda boleh digelar sebagai orang kaya kerana jika nak dibandingkan membeli yang sudah siap goreng .

Ada kisah dimana pengemar cempedak teringin dan ia terpaksa membeli seulas cempedak yang telah disiap goreng sebanyak 10 ulas dengan harga 50sen seulas bersamaan RM5 . Ikut hati rasa tidak puas hati tetapi ikutkan lidah sudah pasti terpaksa bak kata orang lama risau kempunan nanti .

Ikutkan pada zaman serba mencabar ini dengan nilai RM5 kita masih mampu mencari gerai makan yang menjual nasi berlauk tapi dengan syarat jenis lauk tu agak²lah . Berbalik pada buah cempedak , jika penulis masuk kawasan perkampungan yang sedang bermusim buah cempedak ikutkan harga mereka tidak semahal mana yang kita sangka sehinggakan seulas mencecah 50sen .

SekejunGs

Dimana ada kemahuan disitu wajib ada kerajinan , tanpa kerajinan anda akan terus dalam golongan bangsa yang membazir. Nak puas masuk kawasan perkampungan dan beli sebiji bawa balik , nahh hasilnya ! Makan sampai terlentang kau . Kalau sedekah kat jiran² pun insya allah bertambah rezeki kau .

Alasan tak tahu nak acuan tepung tu jangan selalu pakai kerana sekarang ni zaman Internet semuanya dihujung jari anda . Jom lihat bahan² mudah yang diperlukan bagi menjayakan misi menggoreng cempedak .

Bahan bahan:
2 senduk tepung beras
1/2 - 1 senduk tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung - opsyenal
1 sudu besar butter
1 biji telur
Sedikit serbuk kunyit
Secubit gula
Garam
Air secukupnya

Cara cara:
Satukan semua bahan di atas dan kisar dengan sedikit air. Sedia untuk digunakan. Goreng dengan minyak yang banyak dan betul betul panas.

* Lain orang lain caranya jadi kau pilih mana² yang kau suka.

- Selamat Mencuba Dan Berjimat

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)