Sotong goreng tepung jika tak sabar memang tak sempat hidang dah habis dimakan didalam dapur . Ramai orang suka sotong goreng tepung tetapi tak sanggup nak buat kerana asyik meletup-letup nak jimat mesti kena ada cabaran sikit kalau tak sanggup anda guna kuasa order dihujung jari sahaja .
Bahan-bahan:
- Sotong
- 1 cawan tepung gandum
- ½ cawan tepung jagung
- ¼ cawan tepung beras
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil serbuk lada putih
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1 biji telur
- Minyak
Cara-cara:
1. Toskan sotong hingga betul-betul kering.
2. Gaul sotong dengan sedikit garam; biarkan 10 minit.
3. Masukkan telur dan gaul.
4. Di dalam mangkuk yang lain, gaul ketiga-tiga tepung bersama garam, lada putih dan lada hitam.
5. Celup sotong di dalam tepung dan goreng.
6. Hidang!
*Sumber enjin Carian
Catat Ulasan