Google Flights bukan menawarkan perkhidmatan penerbangan, ia adalah bertujuan untuk membuat perbandingan harga antara syarikat penerbangan malaysia yang terkenal contoh seperti MAS dan Airasia .
Satu fungsi menarik di Google Flights, adalah harga tiket ke semua destinasi dipaparkan terus di dalam peta, tanpa perlu membuat carian. Hanya tekan ‘Explore Destinations‘ di dalam peta, dan ia akan membuka peta sepenuhnya, dengan harga tiket terbang ke bandar utama di dalam peta. Zum lebih dalam atau heret peta ke lokasi lain, untuk melihat lebih banyak destinasi dan harga tiket.
Laman Google Flights boleh diakses dari komputer, tablet atau telefon pintar, menerusi alamat https://www.google.com.my/flights. Di situ, pengguna boleh mencari tiket penerbangan berdasarkan tarikh, destinasi dan minat seperti pantai, gunung, makanan atau berbulan madu.
Selain terus membuat tempahan, pengguna boleh menyimpan carian penerbangan yang dibuat untuk rujukan masa depan, ataupun berkongsi maklumat carian dengan orang lain melalui email, facebook, twitter ataupun terus memberi pautan.
Google Flights juga memberi perkhidmatan kepada beberapa negara seperti dibawah:
Brazil
Belgium
Canada
France
Germany
India
Ireland
Italy
Malaysia
Netherlands
Malaysia
Poland
Portugal
Russia
Spain
Switzerland
United Kingdom
United States of America
*Terima kasih Google kerana Malaysia berada dalam senarai .
Catat Ulasan