Terkini

Peminat Makanan Western Wajib Cuba Membuat Mushroom Soup Versi 'Homemade' Ini



Bila anda teringin makan Mushroom Soup, lupakan versi instant di dalam tin itu dan rasakan perbezaannya dengan resipi yang menggunakan cendawan segar ini.


Bahan-bahan:
- 200g cendawan
- 2 sudu besar mentega
- 1 biji bawang Holland
- 2 ulas bawang putih
- 1 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu besar daun thyme
- 2 cawan stok ayam
- ½ cawan krim
- Lada hitam
- Garam

Cara-cara:
1. Cairkan mentega. Masukkan cendawan dan garam (½ sudu kecil), masak lebih kurang 10 minit.
2. Masukkan bawang Holland, bawang putih, 1 sudu kecil thyme, dan masak 5 minit.
3. Masukkan tepung gandum dan kacau selama 2 minit.
4. Masukkan stok ayam, biar masak lebih kurang 15 minit.
5. Blend sup hingga halus.
6. Masukkan sup kembali ke dalam periuk; masukkan krim.
7. Masukkan garam (½ sudu kecil) dan lada hitam (½ sudu kecil).
8. Hidang!

*Sumber enjin carian

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)