Terkini

Hidangan Minum Petang Apakah Hari Ini ? Jom Buat Tauhu Sumbat


Di hari minggu kadang kala kita sebagai suri rumah agak pening hidangan apa yang patut disediakan untuk minum petang bersama seisi keluarga. Disini penulis ingin beri pendapat dan resipi mudah lagi menyenangkan untuk anda iaitu Tauhu Sumbat .

Tiada apa yang penting melainkan kerajinan dan keikhlasan kita sebagai suri rumah tangga. Kerana si suami cuma tahu makan sahaja melainkan adakala dia akan memohon atau memberi cadangan hidangan minuman petang kepada anda haaa ketika tu anda haruslah Online untuk mencari resepi di internet.

Tanpa membuang masa penulis sediakan bahan-bahan yang diperlukan
*Boleh menggunakan bahan lain mengikut citarasa anda sendiri

Bahan-bahan:
- Tauhu
- Timun (dihiris halus)
- Lobak merah (dihiris halus)
- Taugeh (dicelur)
- Garam
- Sos cili
- Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Goreng tauhu hingga perang.
2. Tabur garam secukup rasa.
3. Potong dua dan belah tengah supaya ada ruang untuk disumbatkan dengan sayuran.
4. Sumbat tauhu dengan timun, lobak merah, dan taugeh.
5. Hidang dengan sos cili.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)