Azman berkata, pihaknya menjangkakan sebanyak 1.6 juta kenderaan, peningkatan 15 peratus akan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan setiap hari pada hari-hari puncak.
Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, berkata pada hari itu, orang ramai perlu membayar tol pada kadar biasa dan rebat akan dimasukkan apabila tambah nilai dilakukan di mana-mana Pusat Perkhidmatan PLUS pada 15 Februari hingga 14 Mei ini.
Tawaran itu diberikan kepada pengguna di Lebuhraya Utara-Selatan dan ELITE yang menggunakan kaedah membayar tol elektronik pada 27 dan 30 Januari serta 3 dan 4 Februari depan bermula jam 12 tengah malam hingga 6 pagi.
Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan pada hari puncak antara 26 Januari hingga 5 Februari turut dikeluarkan. Ia adalah pendekatan PLUS untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan.
sumber - enjin carian internet
Catat Ulasan