Terkini

Air Buangan Mesin Basuh Automatik Tidak Keluar Apa Masalahnya ?


Dengan ekonomi yang tidak menentu adalah baik jika kita cuba menyelesaikan masalah kerosakkan barangan elektronik rumah sendiri . Dalam kejadian baru-baru ini penulis telah menghadapi kerosakkan mesin pembasuh kain itu pun pemberitahuan dari isteri.

#1- Kenal pasti kerosakkan

Masuk air tetapi air tidak keluar dari saluran buangan, apa masalahnya ? Sila kosongkan air dalam baldi mesin basuhan anda terdahulu dan baringkan supaya anda boleh lihat lebih jelas dari bahagian bawah baldi mesin basuh.

bahagian bawah mesin basuh
Google Images

#2 - Periksa saluran buangan air

Merujuk masalah diatas adalah kemungkinan masalah habuk dari hasil basuhan atau syiling, jadi sila periksa hos buangan air itu sama ada tersumbat atau tidak dengan menyalurkan getah paip kedalam sambil membuka air dan cuba buat basuhan semula.


#3 - Periksa wayering

Setelah melakukan pemeriksaan seperti diatas, sudah sampai masanya periksa wayering yang meyalurkan ke bawah baldi menggunakan voltage tester atau dikenali sebagai test pen sambil menghidupkan suis mesin dan periksa juga drain motor atau water pump anda, untuk pengetahuan anda rupa parts juga berbeza bergantung jenama mesin basuhan.

drain motor
Google Images

#4 - Periksa drain motor

Guna multimeter untuk memeriksa drain motor anda masih dalam keadaan baik atau telah rosak disebabkan masalah wayering. Jika drain motor rosak sila ganti yang baru kos pada tahun 2017 lebih kurang RM55 seunit.

#5 - Periksa pcb board

Untuk pengetahuan anda pcb board ini adalah part yang penting kerana ia telah diset untuk memberi arahan kepada setiap parts di mesin basuhan pakaian anda juga sangat sensitif. Setiap komponen pada board adalah penting bagi parts anda contoh seperti drain motor, sensor door, motor dan sebagainya.

Kesimpulannya jika anda sudah melakukan pemeriksaan seperti saya syorkan diatas dan masih gagal, saranan saya sila cabut pcb board anda dan lihat setiap komponen sama ada mempunyai kesan terbakar atau tidak . Jika ya , anda telah pun menemui jalan penyelesaian iaitu dengan menukarkan ke pcb board yang baru walaupun yang lama masih boleh dihidupkan.

pcb board
Google Images




**Semoga anda menjadi pengguna yang bijak dan guna pakaikan kemahiran anda untuk membantu pengguna lain.

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)