Terkini

Mengapa Graduan-Graduan Yang Hebat Tidak Dipandang Oleh Syarikat Google

Google Office

1 - Mereka Yang Tiada Pendidikan Tinggi Sangat Luar Biasa

Bakat boleh wujud dalam pelbagai cara yang menyebabkan pengurus sesebuah syarikat akan menjadikannya sebagai kelayakan untuk bekerja.

[VIDEO] A Secretive Husband, A Suspicious Wife & A Totally Unexpected Plot Twist


Kata Bock, “Apabila anda memerhatikan mereka yang tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan mereka mampu mencorak jalan kehidupannya, mereka itulah insan yang sangat luar biasa. Oleh itu, syarikat kami seharusnya mengambil orang seperti mereka,”


2 - Keinginan Untuk Mempelajari Sesuatu Lebih Penting Daripada Kebijaksanaan

Kejayaan dalam pembelajaran di peringkat universiti bukanlah menjadi penanda aras seseorang itu mampu menyelesaikan tugasan yang diberikan.

“Untuk setiap skop kerja, perkara utama yang dititikberatkan adalah keupayaan pemikiran umum (general cognitive ability) dan bukannya IQ.  Hal tersebut ialah keupayaan pembelajaran yang mampu mengasingkan maklumat-maklumat yang diterima”

“Kami uji calon dengan menggunakan temuduga tingkah laku berstuktur (structured behavioral interviews) yang membantu mengesahkan sesuatu jangkaan”

“Melalui temuduga ini, kami mampu mencari pekerja yang bersesuaian dengan matlamat syarikat mengenai kepimpinan. Hal tersebut bukannya seperti memimpin kelab atau persatuan di universiti dan sebagainya, namun keupayaan untuk memimpin apabila diperlukan” ujar Bock.




sumber - majalah niaga

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)