Kajian makmal pada 2008 dalam laporan The Journal Of Clinical Investigation mendapati sejenis cannabinoid iaitu tetrahydrocannabinol (THC) berupaya menyembuhkan kanser otak. Kajian lain mendapati cannabinoid mampu berfungsi menggunakan pelbagai mekanisme termasuk merencatkan pertumbuhan sel kanser, menyebabkan kematian sel kanser dan menghalang metastasis (perpindahan sel kanser ke organ lain).
Golongan aktivis dan badan bukan kerajaan merupakan penggerak utama dalam berkempen di mana akhirnya mereka menjalankan pungutan suara.
Pungutan suara yang ditangani oleh sebilangan penduduk sesuatu negeri kemudiannya di hantar kepada pihak berkuasa untuk diteliti. Usaha yang dilakukan mengambil masa yang panjang dan terpaksa menempuh pelbagai rintangan.
Kawal penggunaan :
Ada golongan menggunakan ganja untuk dijadikan bahan hisapan seperti merokok, itu adalah dilarang sama sekali dalam undang-undang dunia.
Mungkin apabila tiba masa sesuai, negara Malaysia juga membenarkan orang awam menggunakan minyak ganja untuk tujuan perubatan. Sebelum kebenaran dilaksanakan, sudah tentu kajian terperinci perlu dijalankan.
Maksudnya jika seseorang didapati memiliki pokok atau ganja kering lebih daripada kuantiti yang dibenarkan dan tiada lesen penamaman maka ia boleh didakwa pihak berkuasa. Pastikan terdapat klaus yang membenarkan penghidap menggunakan produk ganja seperti minyak ganja atau krim.
Sebagaimana dilaksanakan di negeri-negeri Amerika Syarikat yang membenarkan penggunaan ganja untuk tujuan perubatan, setiap penduduk boleh memiliki misalnya sebatang pokok dan beberapa gram ganja kering pada satu-satu masa.
sumber - enjin carian
Catat Ulasan