Kelebihan melakukan pembelian di Lazada ini salah satunya yang penulis suka adalah mudah berurusan. Cuma yang kena berhati-hati ialah ketika memilih sesuatu produk kerana ada bebarapa faktor yang kena utamakan.
1. Kualiti barang
2. Dari dalam negara atau overseas ( Cepat dan lambat)
3. Harga berpatutan atau tidak
Telah beberapa kali penulis membeli barang melalui lazada, baru pertama kali penulis mengalami penerimaan barang rosak.
Barang yang dibeli adalah jam tangan budak alaaa tak mahal pun RM21 sahaja. Tapi nak dijadikan cerita, buka je bungkusan kondisi jam tangan tu boleh dikatakan tidak cukup sifat kerana penutup bateri longgar dan tercabut.
Jadi , isteri pun tidak berapa gembira lalu membuat keputusan untuk memulangkan semula kepada pihak lazada. Penulis telah dapat satu pengalaman iaitu cara mengembalikan barangan rosak Lazada mengikut syarat-syarat yang telah ditetapan.
Cara-cara return barangan rosak ?
1 - Masuk ke bahagian " My Orders "
2 - Tandakan produk rosak jika guna pc
3 - Tekan butang " Return Order"
4 - Isi maklumat yang diminta seperti akaun bank
5 - Pilih syarikat penghantaran seperti Pos Laju
6 - Bawah sekali tekan butang print "return form" (pastikan 3 salinan)
Bungkus semula barangan rosak dan bawa ke pejabat pos berserta dengan return form 2 salinan dan bukti pembelian. Satu salinan tampal pada bungkusan, lagi satu salinan serah pada pegawai pos di kaunter.
Jangan risau, pemulangan barangan lazada tidak akan dikenakan sebarang bayaran pada pelangan. Jadi korang campak je barang rosak tu di kaunter lepas tu blah cepat² kasi orang belakang pula buat urusan.