Terkini

Harga Bahan Api Akan Diumumkan Setiap Minggu Mulai April 2017 Seperti Disarankan Oleh Rafizi Ramli



Dikejutkan dengan berita bahan api di malaysia bakal diumumkan setiap minggu dan bukan lagi setiap bulan seperti mana yang dinyatakan oleh PKR, Rafizi Ramli pada januari 2015. Katanya, penetapan harga bulanan sekarang akan menyebabkan orang ramai akan membayar harga minyak tinggi yang merupakan purata harga sebulan sebelumnya.

Tegasnya pada tahun 2015, jika sistem apungan terkawal bulanan sekarang berterusan, cukai tersembunyi bagi tahun berikut akan bertambah banyak tanpa diketahui oleh rakyat.

"Saya menggesa supaya Kerajaan Persekutuan menukar jadual menyelaraskan harga petrol dan diesel dari sebulan sekali kepada setiap seminggu sekali katanya PKR, Rafizi Ramli pada tahun 2015.

Akhirnya, tahun 2017 mulai April , Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan jadual untuk menyelaraskan harga petrol dan diesel dari sebulan sekali kepada setiap seminggu sekali untuk memastikan pengguna mengetahuinya serta mengelak daripada berlaku keraguan.

Beliau berkata ketetapan harga siling minyak mungkin akan diumumkan pada Isnin atau Sabtu setiap minggu berbanding dilakukan sebulan sekali ketika ini. Hamzah, yang juga Ahli Parlimen Larut, berkata penetapan harga siling bahan api oleh kerajaan adalah bertujuan mengelak bahan api itu dijual melebihi harga yang sepatutnya di pasaran.

Mengulas lanjut, beliau berkata papan tanda harga siling bahan bakar akan diletakkan di semua stesen minyak di seluruh negara.

“Bila kita letak harga siling, terpulanglah kepada stesen minyak sama adamahu menurunkan harga, atau bagaimana cara mereka nak (laksanakan) kempen (promosi) supaya orang datang (membeli) di stesen minyak mereka, termasuk menawarkan insentif,” katanya.



Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)