Seperti yang dijangkakan , bitcoin akan terus bergerak secara komuniti walaupun ia masih belum diterima oleh mana-mana bank dunia. Tapi itu bukanlah penghalang bagi pengguna matawang bitcoin kerana walaupun bank tidak boleh menerima kehadiran mereka, pada tahun 2014 harga 1 Bitcoin pernah mencecah setinggi MYR 4,000 manakala pada tahun 2017 hampir mencecah MYR 6,000 .
Apa itu Bitcoin ?
Bitcoin dicipta oleh ‘Satoshi Nakamoto’ pada Januari 2009. Berbeza dengan virtual currency, Bitcoin boleh digunakan sebagai medium pertukaran untuk memiliki sesuatu barang dan perkhidmatan dalam dunia sebenar. Sudah tentu oleh mereka yang menerima bitcoin sebagai sumber pembayaran.
Bitcoin juga adalah digital currency yang bersifat decentralized. Maksudnya, tidak seperti Ringgit Malaysia yang dikawal oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Bitcoin tidak ada financial regulator seperti BNM. Memandangkan ia adalah decentralized digital currency, ada satu aktiviti penting yang membolehkan bitcoin ini berfungsi dengan baik sebagai matawang iaitu bitcoin mining.
- Bitcoin adalah seperti emas digital.
- Matawang dan emas mempunyai sifat berbeza.
- Bitcoin tidak dimiliki oleh mana-mana negara atau syarikat.
- Konsep bagi duit adalah ia boleh dicetak tetapi konsep bagi emas dan bitcoin adalah sama iaitu tidak boleh dicetak dan ia hanya boleh dilombong.
- Bitcoin sudah semakin diterima oleh kebanyakan syarikat bermula dari syarikat kecil hinggalah kepada syarikat gergasi seperti Microsoft, Virgin Airlines dan Expedia (membeli tiket penerbangan dan tempahan hotel).
Syarikat menawarkan Bitcoin sebagai program pelaburan (Skim Cepat kaya) ?
Di malaysia atau dimana pun , pasti tidak dapat lari dari skim-skim sedemikian. Kerana matawang kertas pun boleh dijadikan sebagai program ponzi apa lagi jika emas atau yang terbaru adalah Bitcoin jadi sila berhati-hati.
Ramai penduduk bumi mengatakan bitcoin adalah teknologi untuk menipu duit manusia di planet bumi. Betul , anda akan ditipu setelah anda melabur ke syarikat-syarikat yang menjanjikan keuntungan yang tinggi atau pun menawarkan komisen bulanan sedangkan matawang digital bergerak secara komuniti melainkan ada syarikat gergasi telah monopoli pasaran Bitcoin.
Bagaimana syarikat boleh monopoli harga Bitcoin ? Ya , sudah saya katakan tadi bitcoin bergerak secara komuniti dan ia adalah seperti emas tapi ia dalam kategori digital. Jadi apabila sesebuah organisasi menggunakan bitcoin secara banyak atau lebih senang difahami membeli bitcoin secara banyak. Bitcoin akan berkurangan dalam masa sama ia akan menjadi lebih bernilai.
Dan, anda juga telah ditipu oleh transaksi wang kertas yang mudah koyak juga mempunyai inflasi turun dan naik, kesimpulannya kenapa tidak anda membeli roti menggunakan emas ?
Adakah pengguna Bitcoin ramai di planet bumi ?
Ya, ada banyak perniagaan dan individu yang menggunakan Bitcoin hampir di seluruh dunia. Seperti perniagaan fizikal di dunia nyata restoran, kedai runcit juga perniagaan online yang terkenal seperti Namecheap, WordPress, Reddit, dan Flattr.
Berita terbaru pada 3 march 2017 harga Bitcoin lebih tinggi dari harga emas, dipetik dari artikel Bloomberg . Jadi ini adalah fenomena yang pelik dalam kategori matawang dunia. Terima kasih bagi yang sudi membaca artikel penulis yang tidak seberapa ini dan jadikanlah ia sekadar sebagai pengetahuan semasa.