Kini penulis hadir dengan berita gembira bagi newbie yang sedang membuat website atau blog sendiri, sudah pasti anda memerlukan butang share supaya memudahkan pengunjung bantu kongsikan artikel anda dengan teman yang lain.
Setelah penulis membuat pencarian di internet ternyata masih ada blogger menyediakan tutorial yang berbahasa pergraming dan penulis yakin pasti sukar untuk anda memahami kerana tidak semua diantara kita yang mengambil kemahiran programing.
Jika anda cukup mahir untuk memanfaatkan media sosial seperti Facebook, Twitter, ataupun Google+ juga mencari sedikit sebanyak untuk mendapatkan traffic yang cukup untuk membuat statistik laporan pengunjung jadi tinggi. Anda juga dapat memberi kemudahan pada pengunjung dengan butang share untuk mereka kongsikan artikel ke media sosial tanpa membuka akaun terlebih dahulu.
Di artikel ini penulis akan memberi anda dua teknik membuat butang share super mudah lagi berkesan hanya dengan copy and paste dari antara dua pilihan anda. Juga programing dia sangat mudah dengan hanya guna javascript sahaja.
#1. ShareThis
#2. AddThis
Antara dua pilihan yang penulis sediakan diatas adalah antara yang popular juga sangat mudah untuk digunapakai oleh semua pembangun blog dan web. Cara-cara mendapatkan sumber code mereka adalah sangat mudah iaitu anda hanya perlu memasuki web mereka dan ikuti tutorial yang telah disediakan , jika ada apa-apa yang kurang faham bolehlah meninggalkan komentar anda dibawah posting ini.