Terkini

Berakhirnya Masalah Internet Postpaid Digi Infinite 150 Yang Sangat Mengecewakan



Kembali lagi mengenai kisah digi infinite 150 yang dikatakan mengalami internet super perlahan sila lihat artikel sebelum ini. Seketika itu setelah penulis melakukan pertapaan di gua yang tidak mempunyai pencawang telekomunikasi , anda boleh bayangkan macam mana kehidupan seorang pengguna internet yang berkelajuan minima 5 Mbps tiba-tiba harus menjalani kehidupan dengan data internet yang berkelajuan kurang dari 1 Mbps memang sungguh menyeksa.

Pada masa itu anda akan rasa telefon pintar tidak lagi pintar dan teringin kembali ke zaman SMS dan telefon yang mampu pecahkan dinding rumah . Pejam celik kesabaran penulis telah berakhir dengan sedikit sebanyak usaha iaitu membuat aduan terus ke pihak telco digi untuk menyelesaikan masalah dengan memohon supaya dapat menambah pencawang berdekatan gua ini.


Selang beberapa hari, penulis dapati kelajuan internet digi infinite 150 kembali menyegarkan dengan pencapaian sehingga 5 Mbps menggunakan telefon pintar menyokong liputan 3G , itu pun hanya di waktu pagi. Mungkin ketika itu ramai yang sudah berada dijalan  raya menuju ke tempat kerja. Kelajuan internet bertambah buruk bila menjelang waktu malam dengan kelajuan kurang dari 1 Mbps.

Penulis juga memerlukan beberapa kepastian dengan menguji cuba di beberapa lokasi yang pesat membangun iaitu kiri kanan mempunyai bangunan dan juga tiada bangunan . Paling hampir penulis menuju ke lokasi pusat bandar seperti kuala lumpur dengan hasil kelajuan mencapai sehingga 6 Mbps manakala lokasi sama cuma sedikit tersorok seperti dalam kediaman pangsapuri hanya mencapai lebih kurang 2 Mbps.

Dengan hasil ujicuba diatas penulis mula terasa tertekan dan ingin menyalahkan pihak telco digi kerana tidak mengambil berat akan hal liputan yang ditawarkan kepada pengguna. Selang beberapa hari penulis telah membuat keputusan terakhir dengan menguji cuba sim 4G pada peranti yang menyokong 4G , manalah tahu mungkin sokongan liputan tidak seiring .

Oleh kerana sayang dengan peranti asus zen 5 yang hanya menyokong liputan 3G penulis membuat keputusan untuk survey beberapa unit wireless router khas untuk menyokong liputan 4G iaitu :-

#1.

Tplink MR200 4GLTE



#2.


Huawei B315 4GLTE

Diatas adalah dua unit yang sangat popular ketika ini, harga pula anda boleh sendiri bertanyakan kepada google atau beberapa tempat pusat belian atas talian seperti lazada dan lain-lain kerana mungkin harga berbeza dari yang sekarang.

Setelah membuat pilihan dengan secara sukarela dalam situasi terpaksa , penulis telah pun memilih untuk guna peranti Huawei B315 untuk sim 4G digi ini dengan harga pada masa ini adalah RM515 melalui lazada atas kerana ia mempunyai port untuk telefon manakala Tplink MR200 dengan harga pada masa ini adalah lingkungan RM400++ tidak mempunyai port tersebut jadi agak sukar untuk menggunakan unlimited calls digi.

Speed Test Digi Infinite 150

Ini adalah kelajuan yang penulis terima setakat ini dengan bantuan peranti Huawei B315 , akhirnya ia mampu mencecah sehingga 10 Mbps , tapi untuk dapatkan hasil macam ni puas juga penulis kehulur kehilir untuk mencari lokasi yang berpontensi. Harap cepatlah pihak digi melakukan pemasangan pencawang di kawasan gua ini.

Pada pengguna yang masih bermasalah sila hadir ke servis centre digi untuk melakukan pembatalan akaun manakala pada pengguna yang mempunyai line bar nyawa-nyawa ikan tu sila usaha lagi untuk mencari lokasi yang berpontensi atau sentiasa follow up pihak teknikal digi untuk pemasangan pencawang berdekatan gua anda.

Pada yang masih ingin cuba anda masih boleh terus melakukan pendaftaran atas talian melalui link dibawah selagi promosi masih diteruskan :-

http://new.digi.com.my/postpaid-plans



Sekian Terima kasih.



Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)