Terkini

Pasar Segar Pak Din Kampung Medan Terlajak Murah


Pada pagi minggu seperti biasa rutin bagi yang sudah berkeluarga adalah meringankan diri untuk ke pasar pagi untuk mencari bahan-bahan dapur untuk meneruskan kehidupan lagi menjimatkan ekonomi yang sudah berkeluarga , maklumlah ketika bujang sering makan minum diluar dengan harga yang tidak menentu asalkan perut kenyang tekak hilang dahaga.

Tengah bulan pasti jadi lebih teruk jika awal-awal dapat gaji sudah sering makan minum diluar itu belum lagi jumpa rakan-rakan yang sering mengajak lepak di kedai , sudah pasti ketika itu duit gaji anda mengalir lebih laju dari peluh yang anda keluarkan.

Pasar Segar Pak Din , Taman Medan PJ
Jadi penulis ingin nasihatkan bagi yang dah berkeluarga atau masih lagi bujang mohon jagalah ekonomi anda dengan kurangkan makan minum diluar dan ringankan diri untuk ke pasar dan masak sendiri di dapur anda kerana ia lebih berbaloi dan punyai kuantiti yang lebih banyak dari kedai makanan dengan harga juga murah.

Bagi penduduk di planet bumi ini yang berdekatan atau pernah hadir ke kampung medan, Pasar segar din adalah salah satu tempat lokasi dimana anda boleh dapatkan bahan mentah segar dan lain-lain denga harga yang lebih murah untuk kawasan sekitar sini , dimana ia juga satu²nya pilihan masyarakat disini jika inginkan barang segar lagi murah walaupun terpaksa beratur panjang juga dikatakan pasar ini dibuka seawal subuh dan kepunyaan peniaga bumiputra. Siapa yang berniaga makanan pasti mengenali lokasi ini kerana dikhabarkan juga mempunyai pelangan yang datang dari luar kawasan.

Pasar Segar Pak Din, Taman Medan

Pendapat saya, ini bukan perniagaan atau pasar pagi yang biasa-biasa kerana jika datang selepas waktu kemuncak pasti ia akan mengecewakan anda dan mungkin yang tinggal hanya papan tanda harga atau bahan basah yang tak comel senang cakap siapa awal yang segar dia punya.

Harga gambar ikan dibawah ketika ini adalah sekitar 4 plastik penuh hanya RM20 sahaja lebih kurang 13 ekor, siapa ada kucing tu memang bertuah kehidupan haiwan peliharaan anda. Bukan itu sahaja malah ada pelbagai lagi yang murah-murah boleh dikatakan dalam pasar segar pak din ini mempunyai pelbagai bahan basah yang anda perlukan termasuk daging sepertimana macam pasar pagi yang sering kita kunjungi.

Khabar angin dari penduduk lama disini mengatakan pasar segar din ini juga mempunyai sumber sendiri macam kolam ikan sendiri tanaman sendiri, kesahihan maklumat yang didapati setakat ini penulis tak dapat pastikan kerana agak kurang sumber mengenainya mungkin dirahsiakan oleh peniaga atau pekerja atas sebab-sebab tertentu.

Ikan Sardin _Pelaling , Pasar Segar Din

Kepada yang sesiapa yang pernah dengar tapi tidak tahu lokasi atau kepada yang memang tak pernah tahu tapi nak pergi kerana mungkin anda salah seorang penduduk baru di sekitar kawasan kampung medan, penulis akan sediakan alamat surat menyurat untuk korang hadir.

Pasar Segar Din
No14. Jalan PJS 2D/3,
Kampung Medan,
Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Gambaran lokasi adalah satu bangunan dengan Singer Malaysia sri manja .




Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)