Terkini

Ambank Dan RHB Berada Di Landasan Untuk Bergabung


Tidak Lama Lagi Ambank dan Rhb Bank Akan Melakukan Pengumuman Tentang Syarat Perjanjian Berkaitan Penggabungan.


Pada 1 jun 2017 kedua-dua syarikat telah berhasrat untuk bergabung setelah dapat kelulusan dari pihak bank negara malaysia.



Dato’ Sulaiman Mohd Tahir CEO ambank, manakala Khairussaleh Ramli CEO RHB bakal menyediakan beberapa perjanjian seperti susunan pekerja serta ekoran mengenai branch.


Setelah kedua-dua bank ini bergabung, ia bakal akan mewujudkan bank ke-empat terbesar di Malaysia dari segi saiz aset, manakala akan mempunyai 383 branch juga mempunyai sekitar 25 ribu pekerja.


Besar kemungkinan dengan Penggabungan ini dapat mengurangkan kos dari pelbagai aspek. Pasaran bursa saham Ambank juga kini 4.43sen bagi seunit manakala RHB Bank 5.09sen bagi seunit.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd Tahir, berkata beliau optimis bahawa kedua-dua mereka dapat memenuhi tarikh akhir untuk perjanjian eksklusif pada 30 Ogos.


AMMB dan RHB Bank telah mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia sebelum memulakan perbincangan untuk cadangan penggabungan, yang melibatkan kesepakatan semua pemegang saham.


Kedua-dua pihak juga telah memasuki perjanjian eksklusif untuk merundingkan dan memuktamadkan terma dan syarat penggabungan yang dicadangkan untuk diserahkan kepada pihak berkuasa pengawalseliaan yang berkaitan.


''Bersiap sedialah wahai pekerja-pekerja''

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)