Terkini

Tahukah Anda Aplikasi Waze Dicipta Oleh Israel


Tahukah Bahawa Waze Kini Juga Telah Dimiliki Oleh Google.Inc


Berita ini mungkin sudah lama bagi orang telah mengetahui, tapi tidak untuk yang baru tahu macam aku maklumlah bukan pengguna tegar aplikasi waze. Tapi agak terkejut bila dapati aplikasi waze selama ni adalah ciptaan dari syarikat israel dan diasaskan oleh yahudi iaitu Ehud Shabtai, Amir Shinar dan Uri Levine. Projek ini juga dibiayai oleh syarikat israel untuk menampung kos pembangunan aplikasi tersebut.


Google buy Waze


Pada tahun 2006 Waze telah melepaskan versi percubaan sebagai peta map digital yang mempunyai pelbagai ciri untuk pengguna salah satunya dapat berkongsi maklumat antara satu sama lain berkaitan situasi jalan raya. Sambil itu waze juga merakam perjalanan anda melalui GPS bertujuan menaiktaraf peta mereka juga jangan dilupai data anda amatlah diperlukan untuk kegunaan pihak ketiga seperti mana yang kita ketahui tiada benda didunia ini yang percuma melainkan ada sesuatu.


Paling menarik waze juga mampu memberitahu pengguna jarak stesen petrol berdekatan dan boleh digunakan di mana sahaja di dunia tetapi memerlukan pengguna awal yang cukup untuk membuat peta dan terus mengemas kini data untuk menjadikannya berguna. Pada masa ini hanya 13 negara mempunyai peta asas penuh, yang lain tidak lengkap dipetakan.


Pada tahun 2013 aplikasi ini juga telah memenangi anugerah aplikasi terbaik di Kongres Dunia Mudah Alih yang mengalahkan Dropbox , Flipboard dan lain-lain justeru pada tahun sama Waze juga telah berjaya dimiliki oleh syarikat gergasi Google.Inc bernilai $1.3 billion. Sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut, setiap 100 kakitangan Waze akan menerima purata kira-kira $ 1.2 juta, juga dikatakan pembayaran terbesar kepada pekerja dalam sejarah teknologi tinggi Israel.


Pada mulanya aplikasi waze adalah untuk kegunaan orang israel dan tidak lama begitu orang ramai dari setiap pelusuk dunia telah menggunakan aplikasi ini tanpa disedari secara senyap mereka telah pun berkongsi maklumat kepada pihak ketiga melalui GPS dan peranti , peling menarik waze juga telah berkongsi maklumat anda kepada lebih 200 buah kerajaan di seluruh dunia. Sungguh teruja aku bila dapat tahu kenyataan ini, jadi manusia pada masa ini boleh dikatakan peralatan utama untuk mendapatkan maklumat.


Kebimbangan telah dinyatakan bahawa aplikasi yang terletak pada telefon pintar boleh digunakan untuk memantau pergerakan individu. Beberapa penyokong keselamatan jalan raya juga menyuarakan keprihatinan terhadap pemandu yang cenderong menggunakan Waze dijalan raya supaya berhati-hati ketika berkongsi maklumat.

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)