Bagaimana Untuk Encode Fail Sarikata Di Video Anda Menggunakan TEncoder?
Ada rakan yang bertanya mengenainya, kerana beliau adalah salah seorang pengemar filem-filem dari luar negara terutama keluaran hollywood.
Aku sebenarnya bukanlah pakar dalam bidang video atau streaming, cuma adakala diri ini terlahirnya sifat ingin tahu lagi ingin mencuba sesuatu yang baru.
Setelah membuat sedikit sebanyak ujicuba pada setiap program yang ditawarkan di enjin carian google , baik yang prabayar mahupun yang versi percuma (opensources).
Dapati masing-masing mempunyai ciri-ciri yang penting lagi menarik untuk pengguna, jadi untuk satukan sarikata ke dalam video korang perlulah mempunyai mesin komputer yang terkini dan ber-spesifikasi tinggi untuk mengelakkan projek encode korang sangkut atau proses encode yang memakan masa begitu lama.
Seperti yang kita ketahui, masih ramai yang memasukkan sarikata ke video secara manual dengan meletakkan kedua-dua fail video dan sarikata kedalam satu folder.
Sekaligus mainkan menggunakan perisian video lalu memilih untuk load subtitles, manakala cara sedemikian mungkin kelihatan menyusahkan.
TEncoder
TEncoder adalah penyelamat untuk pengemar filem-filem luar negara yang memerlukan perkhidmatan menyatukan fail video dan sarikata menjadi satu.
Ia dibangunkan oleh ozok dan rakannya untuk kerja-kerja ripper atau converter, menariknya program ini adalah ia sepenuhnya sumber percuma (opensource) dan jika ada sesiapa yang menyukai hasil ciptaan beliau boleh terus melakukan sumbangan dana.
Jika melihat namanya, besar kemungkinan beliau berasal dari negara turkey.
Program ini juga jika dilihat seperti sering dikemaskini oleh pengasas mahupun dari komuniti jadi ia agak berbaloi bagi pengguna yang menyokong sumber terbuka (opensources).
Kita terus kepada cara guna pakai program ini dan apa yang anda perlu sediakan adalah, pastikan sudah mempunyai video serta sarikata yang sama masa dengan percakapan video anda.
Seterusnya sila nonton tutorial dibawah kerana aku tak mampu nak screenshot satu persatu untuk korang ikuti, jadi lebih mudah jika terus melakukan video.
Setelah siap kerja encode korang , silakan memainkan video tersebut dan lihat adakah ia sempurna atau tidak . Jika kurang memuaskan eloklah anda mengujicuba beberapa tetapan yang disediakan oleh TEncode.
Oh , pastikan jangan lupa untuk rename kedua-dua file korang menjadi satu nama kecuali .srt / .mp4 dan sebagainya .
Sumber terkait - TEncoder
Dapatkan - TEncoder