Terkini

CIMB Memeterai Perjanjian Bersama Sompo Japan


Perjanjian Bernilai RM1 Billion Sompo Jepun Bersama CIMB Group Holdings Bhd.


Zafrul Aziz (CEO) CIMB berkata, CIMB Group Holdings Bhd akan memperoleh pendapatan sebanyak RM1 billion dalam tempoh lima tahun pertama selama 15 tahun dengan salah satu syarikat insuran terbesar di jepun.



Dalam usaha sama bersama CIMB ,Sompo mempunyai perkongsian untuk menggunakan cawangan-cawangan cimb yang berada diseluruh asia iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura.


Cimb juga mempunyai sekitar 1,000 cawangan di seluruh asia untuk membantu peningkatan ekonomi bersama rakan perniagaan baru iaitu Sompo berkaitan insuran.


Walaupun Sompo mempunyai perkongsian dengan Berjaya Group Bhd untuk menawarkan insurans am di Malaysia, manakala kerjasama dengan CIMB adalah berada di peringkat lebih atas.


Setelah memeterai perjanjian bersama Sompo jepun, CIMB berkata ia adalah bank pertama di Malaysia yang melakukan kerjasama seperti ini dimana pihak cimb akan mula menjual insurans bukan hayat di empat negara pada satu masa.


Oleh kerana CIMB mempunyai pasaran yang meluas, maka produk akan mula dipasarkan di Singapura juga akan di Indonesia bermula akhir tahun 2016. Di Malaysia pula, oleh kerana masih mempunyai perjanjian dengan Allianz Malaysia Bhd yang tamat sekitar pada pertengahan tahun 2017.


Selepas itu CIMB akan mengedarkan produk Sompo di empat buah negara, manakala di Thailand kumpulan perbankan akan mula menjual Sompo pada 2018, "kata Tengku Zafrul.


Jadi sekarang sudah pun 2017, seperti dalam perjanjian sompo dan cimb. Perolehan, yang merangkumi yuran bagi rangkaian pengedaran serta jualan, akan mula diumumkan pada hujung tahun iaitu 31 Disember, 2017.


Pelabur-pelabur juga pasti tidak sabar menunggu bonus tahunan pada hujung tahun ini, jadi harap bersabar dan kekalkan posisi masing-masing.


Sompo juga mempunyai jumlah aset AS $ 89.7bil dan premium bertulis bersih AS $ 22.5bil pada ketika ini.


Tengku Zafrul juga berkata CIMB memilih Sompo berdasarkan gabungan faktor, termasuk kedudukan dominannya dalam pasaran insurans bukan hayat yang nombor 1 di Jepun juga perniagaannya kelihatan semakin berkembang di beberapa pasaran asia.


Saham CIMB kini juga berada lebih tinggi dari tahun lepas iaitu sekitar 6.69sen bagi seunit.


Sumber terkait - CIMB Group Holdings Berhad

Sumber terkait - Sompo Japan Nipponkoa

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)