Lasagna adalah salah satu hidangan dalam kategori pasta, boleh didapati di mana-mana restoran western atau paling mudah didapati adalah restoran secret recipe.
Hidangan ini juga adalah salah satu kegemaran aku kerana ia mempunyai rasa cheezy apabila dikunyah dan sekaligus dapat merasai rasa sos tomato dan inti daging yang telah disaluti bersama mozarella serta mempunyai rasa lemak yang datang dari susu segar erghh! memamg menyelerakan.
Cuma bagi aku jika menikmati sajian di restoran memanglah tidak memuaskan kerana mereka akan menyediakan dalam kuantiti yang sedikit lagi mahal, jadi apa yang perlu kita lakukan adalah mencari sedikit sebanyak kerajinan ke pasaraya untuk mengumpul bahan-bahan yang diperlukan.
Hasilnya pasti berbaloi dari segi kuantiti dan citarasa, malah jika anda salah seorang pakar masakan sudah pasti mampu mengubahsuai bahan dan rasa mengikut kemahuan. Contoh lebihan inti , garam , kepedasan dan lain-lain.
Lasagna berasal dari negara itali pada zaman pertengahan juga dipanggil Lasagne dalam bahasa itali, Resipi yang direkodkan pertama ditubuhkan pada awal abad ke-14 Liber de Coquina ( The Book of Cookery ). Ia hanya mempunyai sedikit persamaan dengan bentuk tradisional Lasagna yang memaparkan adunan yang ditapai dan diratakan menjadi lembaran nipis.
Juga direbus, ditaburi dengan keju dan rempah-rempah istimewa, resipi lain yang ditulis pada abad berikut Liber de Coquina mencadangkan mendidih pasta dalam sup ayam dan memasak dengan keju dan lemak ayam.
Berhenti dulu dibahagian sejarahnya, tanpa membuang masa lagi kita terus ke bahagian penyediaan bahan dan caranya dibawah. Besar kemungkinan lain chef lain rupanya.
Bahan :-
12 keping roti
3 biji telur
200 ml susu segar
8 keping cheese keping
1 cawan Mozzarella cheese (diparut)
1 cekak daun sup
1 biji cili merah (dihiris)
4 sudu besar sos lada hitam
4 sudu besar sos tomato
300 gram daging cincang
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji bawang besar (dicincang)
1 cubit garam dan gula
Inti Daging atau Ayam :-
Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
Masukkan daging, masak hingga daging empuk.
Masukkan sos lada hitam, sos tomato dengan sedikit air.
Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan daun sup dan cili merah.
Masak sehingga daging masak dan kering. Ketepikan dan biar sejuk.
Lasagna Roti
Sapukan keseluruhan bekas tahan panas dgn butter.
Pukul telur dengan susu sehingga sebati.
Celup roti ke dalam bancuhan susu tadi dan susun dlm bekas sehingga penuh.
Tuangkan separuh dari inti tadi ke atas roti dan ratakan.
Susun slice cheese ke atas daging.
Ulangi dan tambah lagi satu lapis roti dan daging.
Akhir sekali tabur grated Mozzarella kat lapisan atas sekali.
Jika ada lebihan telur siram di atas roti.
Bakar dalam oven pada suhu 180ÂșC lebih kurang 40 minit.
Keluarkan dan boleh dihidangkan.
Sumber terkait : Lasagna
Resepi terkait : Sedap Tube