Terkini

Macaroni Cheese Mudah Lagi Menyelerakan


Macaroni Cheese Pilihan Makan Malam Keluarga.


Setelah berpusing-pusing di pasaraya , ternampak pula macaroni dan berfikir sejenak alangkah bagus jika dapat sedikit sebanyak ilham berkaitan resepi macaroni.


Tanpa berfkir lagi terus sahut satu pek kecil dan campak kedalam troli, jangan risau kawasan macaroni atau spegheti pasti akan adanya sos prego dan lain-lain. Jadi, terus ambil bersama senyuman manis yang terpahat di muka.


Macaroni Cheese


Bayangkan jika memilih untuk menikmati sajian di restoran western sudah pasti mencecah hampir puluhan ringgit , jadi lebih baik beli dan buat sendiri mengikut keinginan sendiri sebab dalam masa sama kita akan membawa ekonomi keluarga kearah yang lebih baik.


Jadi setelah tibanya di dapur sendiri, nah! pastikan bahan-bahan sudah mengikut keinginan dan bajet anda. Pada sajian ini saya hanya menggunakan sosej sebagai lauk, jika anda mempunyai daging lembu atau ayam ia pasti menambah lagi kesedapannya.


Bahan

- Macaroni (boleh didapati di mini market)

- Sosej adalah pilihan saya (Ayam , Daging bergantung)

- Sos prego (Tomato)

- Sos tomato (Untuk penambah perasa masam)

- Bawang holland atau bawang besar

- Mentega

- Mozarella cheese

Cara-cara

- Didihkan air didalam periuk dan rebus macaroni

- Letak sedikit mentega kedalam rebusan supaya macaroni tidak melekat

- Setelah lembut tos kan air

- Panaskan kuali dengan mentega

- Masukkan bawang sehingga naik bau

- Letak sosej dan gorengkan sebentar bersama bawang tadi

- Lalu masukkan sos prego dan sedikit sos tomato sehingga mencukupi citarasa anda

- Tambah sedikit garam yang diperlukan dan secukup rasa

- Akhir sekali masukkan macaroni dan gaul sehingga sebati dan masak


Taburkan Mozarella Cheese


Setelah siap masak, taburkan mozarella diatas macaroni dalam loyang lalu bakar menggunakan ketuhar suhu 130° selama 30 minit hingga 40 minit, sehingga cheese diatas kelihatan kekuningan.


Warna cheese


Pastikan cheese anda tidak hangus ketika berada didalam ketuhar dan sambil menunggu cheese anda cair bolehlah anda berkemas dahulu peralatan di dapur yang telah digunakan sebentar tadi, supaya selepas menikmati sajian tidaklah begitu banyak pingan mangkuk yang kena basuh. Jadi setelah tiba waktunya , bolehlah hidangkan ia bersama orang yang tersayang


Sumber terkait : Macaroni


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)