Terkini

Promosi Beli 1 Percuma 1 Hanya Di Watsons


Sempena Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia, Watsons Telah Melakukan Promosi Untuk Produk Terpilih, Ayuh Dapatkannya Sekarang!


Promosi produk adalah secara berperingkat dan bakal berakhir pada 4 september ini , jadi aku pun bergegas serbu ke branch watsons yang berhampiran untuk lihat adakah produk yang terpilih itu menarik atau tidak.



Setelah tibanya di watsons , pusing dan belek produk yang terpilih akhirnya aku memilih pelekat panas untuk sakit sendi tu. Manakala bagi kaum wanita sudah pasti pelbagai produk yang mereka sukai terutama lotion dari NIVEA.


Bagi yang belum tahu yang watsons ini adalah kategori perniagaan apa, jadi aku nak beritahu dimana kedai watsons jika dilihat sejarah ia boleh dikatakan dalam bentuk perniagaan Farmasi, Penjagaan kesihatan dan Penjagaan kecantikan.


Watsons ditubuhkan pada tahun 1828 dan dikenali sebagai kedai perubatan kerana para pelanggan pada ketika itu kebanyakkan adalah dari askar dan pelaut.


Kini cawangan watsons sudah membuka sayap hampir keseluruh negara asia iaitu sekitar 700 buah gedung di Hong kong , Macau , Tanah Besar China , Taiwan , Singapura , Thailand , Malaysia , Filipina , Indonesia , Jepun , Korea Selatan , Turki , Ukraine , Lithuania dan Latvia yang dimiliki oleh syarikat AS Watsons Group.


Ditubuhkan di Hong Kong pada 1841, AS Watson Group adalah peruncit kesihatan dan kecantikan antarabangsa terbesar di Asia dan Eropah dengan lebih 13,500 kedai di 24 pasaran.


Setiap tahun, lebih daripada 3 bilion pelanggan dan ahli berbelanja dengan 13 jenama runcit di kedai dan dalam talian. Juga dengan lebih daripada 130,000 pekerja di seluruh dunia.


Termasuk 12,900 di Hong Kong, AS Watson Group juga merupakan ahli CK Hutchison Holdings Limited yang boleh dikatakan syarikat terkemuka di dunia.


Juga mempunyai lima perniagaan teras seperti pelabuhan dan perkhidmatan berkaitan, runcit, infrastruktur, tenaga dan telekomunikasi di lebih dari 50 negara.


Jadi aku pun tak pasti sama ada watsons ini dimiliki sepenuhnya oleh syarikat hong kong atau pun sepenuhnya dari U.S. , tapi jika dilihat sejarah penubuhan adalah dibina di hong kong kerana jika dilihat ibu pejabat sebenar dia juga berada di hong kong .


Bagi penilaian aku, besar kemungkinan ia kini adalah dimiliki oleh syarikat hong kong atau pun ia hanya bergabung.


Lantaklah kepunyaan siapa pun yang penting hari ini aku dapat barang promosi. Kira-kira agak untung jugalah jika nak dibandingkan dengan harga sebenar.



Sumber terkait - Watsons Malaysia

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)