Terkini

Rahsia Jutawan 99 Speedmart 'Dekat Lagi Murah'


Mr. Lee Thiam Wah Jutawan 99 Speedmart, belajar setakat darjah 6 dan mempunyai sedikit sebanyak kelebihan yang perlu anda ketahui.


Seperti yang kita lihat sekarang dimana pasaraya 99 speedmart telah melebarkan sayapnya hampir setiap pelusuk juga kelihatan sentiasa bersaing cara sihat dengan membuka pasaraya bersebelahan mini market yang lain-lain.


Kejayaan Pasaraya 99 Speedmart


Untuk pengetahuan anda Mr Lee Thiam Wah juga adalah salah seorang manusia yang bergantung sepenuhnya pada kerusi roda beliau, jadi tiadalah alasan bagi orang kurang upaya (OKU) untuk berjaya, sejarahnya bermula ketika kecil Lee belajar sendiri dengan membaca buku yang dipinjam dari jiran, dan menjual makanan ringan serta snek ditepi jalan.


Pada umur beliau mencecah 23tahun , simpanan ketika itu terdapat hanya sekitar RM5000. Jadi Lee pun memulakan perancangannya untuk membuka kedai runcit secara kecilan untuk pembelajaran selok belok perniagaan runcit.


Lee juga seorang yang sentiasa belajar apa yang pelanggan mahu, beliau juga sentiasa kemaskini maklumat pembekal dan harga mereka. Dan juga seorang yang suka melakukan kajian terhadap pesaing dengan cermat dan sihat. Dimana kita lihat sekarang telah pun mempunyai mini market yang dibuka secara bersebelahan bersama pesaing yang lain.


Beliau juga mempunyai kepekaan yang tinggi terhadap setiap perkara yang melibatkan perniagaan seperti pemilihan lokasi perniagaan, kebersihan, pentadbiran perniagaan, penjualan dan promosi. Kelebihan ini adalah salah satu sumber keyakinan untuk Lee dalam mengembangkan perniagaan kedai serbaneka yang mempunyai potensi tinggi.


Dengar khabar Lee 99 speedmart juga telah membuat keputusan untuk menjual roti jenama gardenia dibawah harga runcit, atas ujicuba pembelian dari penulis beza harga gardenia adalah kurang 5sen macam tulah. Jika ingin mendapatkan roti gardenia yang murah bolehlah membuat pembelian terus dari pasaraya 99 speedmart 'dekat lagi murah'.


Pengasas 99 Speedmart , Mr.Lee Berkerusi Roda


Salah satu rahsia Lee dalam berurusan untuk bagi menguatkan ‘ikatan’ dengan pembekal, Lee akan menjelaskan bayaran dengan hanya beberapa minit sahaja untuk setiap kali beliau memperoleh barangan yang dipesan. Maka dengan cara ini menyebabkan pembekal percaya kepada kejujuran Lee.


Pasaraya Pertama Yang Dijalankan Oleh Lee (1987)


Beliau pada awalnya terpaksa meminta bantuan adik-beradiknya untuk menyusun barangan yang berat. Keadaan beliau berkerusi roda tentunya menyebabkan pergerakannya terhad.Bagusnya, beliau turut tidak sesekali menggunakan kecacatan dirinya bagi meminta diskaun dari pembekal. Tiada keistimewaan khas, cuma bisnes dan berurusan seperti orang lain.


Permulaan yang rendah ini telah membolehkan Encik Lee mendapatkan pengetahuan dan pandangan langsung ke dalam pasaran runcit melalui interaksi peribadi dengan pelanggan dan pembekal.


Kedai pertama yang membawa nama " 99 " dibuka di Klang Utama. Pasar Mini 99, mewakili langkah pertama Mr.Lee mengambil masa untuk merealisasikan wawasannya untuk membina rangkaian bersepadu mini-marts. Dengan dedikasi dan kerja keras, Mr.Lee memperluas Pasar Mini 99 kepada lapan kedai lain.


' 99 ' (1992-1998)


Sumber terkait - 99 Speedmart


Senarai semua jenama pasaraya di Malaysia


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)