Trending Mangkuk Bertingkat Boat Noodle
Asal usul resepi boat noodles adalah dari Thailand, didalam bahasa thai ia dipanggil kuai tiaw rwa yang mempunyai rasa rempah ratus yang kuat. Jika di thailand bagi orang non-muslim mereka gemar menggunakan daging khinzir manakala bagi orang muslim disana akan menggunakan daging lembu dan ayam serta sos soya hitam , dadih jeruk dan beberapa rempah ratus lain.
Kebiasaannya boat noodles ini akan dihidangkan menggunakan mangkuk kecil sahaja berbeza dengan mi yang kita kenali di asia ini. Sejarah mengatakan boat noodles ini jika kita tukar kepada bahasa ialah mi perahu dimana sejarahnya mungkin dimasak diatas perahu.
Mie bot telah dihidangkan sejak zaman Plaek Phibunsongkhram pada tahun 1942 dan asalnya dihidangkan dari perahu yang melewati perairan Bangkok. Di masa lalu, seorang pedagang yang menjual mie diatas perahu pasti satu-satunya orang yang bekerja di sebuah perahu kecil dan akan terpaksa melakukan segala-segalanya sendiri dari ruang perahu seperti memasak mie , rebus sup dan pelbagai lagi.
Aku juga tertanya kenapa mie perahu menggunakan mangkuk yang agak kecil juga mungkin tidak memuaskan pelangan untuk menikmati hidangan tersebut, setelah di kaji selidik rupanya ia ada kaitan dengan sejarah dimana penjual mi perahu ini terpaksa menggunakan mangkuk kecil atas kerana mudah digunakan ketika diatas perahu.
Manakala jika menggunkan mangkuk bersaiz biasa yang sedikit besar dari yang digunakan itu mungkin sukar untuk diserahkan kepada pelangan yang berada di darat dan mungkin mudah tertumpah Ini adalah sebab mengapa mangkuk-mangkuk mi perahu kecil.
Jadi pada masa kini hidangan juga disajikan di restoran malah identiti sejarah hidangan menggunakan mangkuk kecil itu tetap dikekalkan oleh pemilik restoran atas bertujuan untuk mengekalkan sejarah dalam pada sama dari pendapat dan pengalaman aku untuk masa kini adalah ia kelihatan mempunyai ciri marketing dimana ramai dari kalangan pelangan pasti order lebih dari satu mangkuk atas sebab kuantiti hidangan didalam mangkuk kecil itu sangat sedikit boleh dikatakan sekali senduk dengan sudu je dah habis.
Kini restoran boat noodles di malaysia juga berkembang bak cendawan dan rata-rata yang pergi menikmati juga dari kalangan warga malaysia, harga semangkuk boat noodles (mi beras siam) pada tahun 2017 sekitar RM1.90 tidak termasuk GST% dan service charge. Jadi kali-lah sendiri berapa mangkuk yang diperlukan oleh perut korang itu.
Boat Nooldes , Malaysia