Boleh dikatakan setiap perayaan bagi orang muslim pasti adanya rendang ini.
Kata orang tua , jika nak makan sedap carilah anak jati perak sesungguhnya resepi mereka menyelerakan. Tapi ia juga bergantung pada individu sebab kalau dah tiada bakat tu sememangnya tak jadi.
Tapi realitinya masakan orang perak memang sedap kerana dalam diri aku sendiri mengalirnya darah orang perak, cuma tidak berapa rajin untuk mempelajari sedikit sebanyak tentang masakan kalau setakat resepi campak-campak boleh-lah.
Baik, tanpa melengah lagi mari kita lihat bahan-bahan yang wajib disediakan untuk korang ujicuba. Sebenarnya resipi-resipi melayu di Malaysia bukanlah hanya untuk anak jati negeri je tapi juga harus diketahui oleh umum.
BAHAN-BAHAN:
1kg daging
10 ulas bawang merah | dikisar halus
5 ulas bawang putih | dikisar halus
3sm lengkuas | dikisar halus
3sm halia | dikisar halus
5 batang serai | dikisar halus
5 sudu cili giling | dikisar halus
Kunyit sedikit | dikisar halus
2 helai daun kunyit | dihiris halus
1 sudu makan ketumbar | disangai dan dikisar halus
1 sudu makan jintan manis | disangai dan dikisar halus
1 sudu makan jintan putih | disangai dan dikisar halus
1kg santan pekat
50gm gula Melaka
3 sudu makan kerisik
15ml air asam jawa
Garam secukup rasa
BAHAN TUMIS:
2 batang kayu manis
4 kuntum bunga lawang
5 batang bunga cengkih
6 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan daging dengan ketumbar, jintan manis dan jintan putih yang telah dikisar, perap semalaman.
2. Setelah diperap, masukkan daging yang diperap ke dalam kuali. Masukkan sedikit air dan masak dengan api perlahan hingga daging empuk. Angkat dan ketepikan.
3. Kemudian, panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik bau atau pecah minyak.
4. Selepas itu, masukkan daging dan gaul rata. Masukkan santan dan kerisik, kacau tanpa henti dengan api yang kecil.
5. Masukkan air asam jawa, gula Melaka, daun kunyit dan kacau hingga kering. Bila rendang sudah kering, baru tambah garam secukup rasa.
6. Hidangkan dan sedia dinikmati.
*Ada rendang jenis kering , ada pula rendang jenis berkuah apa pun yang penting adalah rasanya.
Sumber Resepi : Rendang Tok (Perak) | Info (Perak) yang terkait