Terkini

Selamat Hari Merdeka , Negaraku Sehati Sejiwa


Pejam Celik Malaysia Bakal Menyambut Kemerdekaan Ke 60 Tahun.


"Merdeka! Merdeka! Merdeka! "Kata-kata ikonik ini ditonjolkan oleh almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri pertama Malaysia (ketika itu dikenali sebagai Malaya) pada 31 Ogos 1957. Diisytiharkan sebagai Bapa Kemerdekaan negara, tokoh penting initelah berjuang selama berabad-abad untuk kemerdekaan negara dari jajahan British, dan pada hari itu, berjaya mengisytiharkan Malaya sebagai negara merdeka. 'Merdeka' bermaksud 'bebas'.



Malaysia telah bebas dari penjajahan lebih dari 50 tahun yang lalu, perayaan Merdeka masih menjadi acara tahunan yang mulia dengan tema dan program yang berlainan yang diadakan pada bulan yang penuh semangat.


Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan. Tahun ini sudah masuk 60 tahun kemerdekaan Negara Malaysia, kita sebagai rakyat Malaysia meraikan kemerdekaan tetapi seringkali apa yang dipersoalkan adalah penghayatan masyarakat mengenai pengertian disebalik sambutan itu.


Kemerdekaan membawa definisi yang amat bermakna kepada sesebuah negara yang sudah bebas daripada pemerintahan penjajah. Ia juga ibarat harta yang bernilai dalam menentukan kedaulatan negara dan bangsa.


Tema Hari Kebangsaan 2017 - Negaraku Sehati Sejiwa


Perpaduan

Antara kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan masyarakat yang harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah tidak asing lagi dengan wujudnya masyarakat berbilang kaum di negara kita seperti Cina, Melayu, India dan sebagainya.


Persefahaman

Di negara malaysia, Perjanjian Kontrak Sosial di kalangan masyarakat telah dipersetujui semenjak tahun 1948 lagi dan ianya telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan hingga ke hari ini, jadi rakyat malaysia haruslah mempunyai persefahaman yang kuat.


Tolenrasi

Toleransi juga membawa maksud kebebasan untuk mana-mana agama mengamalkan ajaran masing-masing selagi ianya tidak mengganggu ketenterama individu dan agama lain. Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, kebebasan beragama sedia terjamin dalam Perlembagaan Negara. Kebebasan ini mewujudkan keharmonian dalam masyarakat Malaysia sejak kita memperoleh kemerdekaan. Kesefahaman kepada pengaruh dan peranan nilai agama itu mewujudkan masyarakat yang mampu bekerjasama dan berinteraksi. Dalam erti kata lain, masyarakat harmoni dalam menangani masalah yang dihadapi.


Kerjasama

Sebagai rakyat malaysia, harus mempunyai sikap tolong-menolong diantara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agam, Bagai aur dengan tebing.


Apakah Cabaran Yang Bakal Dilalui Generasi Baru Pada Hari Ini.


Di zaman sebelum merdeka, mereka sentiasa hidup didalam ketakutan dan sentiasa berjuang demi keamanan negara, agama dan bangsa.


Jika dilihat zaman serba moden ini kita tidaklah dapat melihat askar bergerak di tengah-tengah kota untuk menjaga keamanan negara.


Tetapi jangan lupa, dimana kita masih dijajah oleh sistem mereka terutama dari segi ekonomi, dagangan, media, gadjet dan pelbagai lagi. Inilah cabaran-cabaran yang generasi sekarang harus lalui .


Seperti yang kita ketahui sesetengah generasi sekarang masih mempunyai sikap negatif seperti:-


# Individualistik

- Mementingkan diri sendiri.


# Materialistik

- Semua perkara haruslah meletakkan duit dipertama 'No money, No talk'.


# Hedonistik

- Sentiasa mengejar hiburan/keseronokan yang berunsur 'Membuang masa'.


# Neokolonialisme

- Saling menindas antara satu sama lain dan akhirnya yang mengaut keuntungan hasil bumi Malaysia adalah bangsa asing.


- Malaysia independence day.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)