Terkini

Sizzling Yee Mee Hidangan Mudah Lagi Disukai Ramai


Resepi sizzling Yee Mee Yang Super Ohsem!


Baru-baru ini aku telah menikmati hidangan sizzling di pusat membeli-belah , tapi tidaklah berpuas hati kerana kuantitinya terlalu sedikit cendawan pun macam nak tak nak je letak.


Setelah itu aku dan isteri pun berbincang untuk memasak sendiri dirumah dan letak segala lauk pauk cendawan bagai mengikut keinginan, sebenarnya makan masakan diluar dan makan masakan dirumah adalah lebih baik masakan sendiri kerana kita mempunyai hak untuk letak lauk pauk berlebihan.



Tidak macam di sesetengah restoran, tokey dia kalau boleh setahun 18 kali nak naik haji kerana kuantiti hidangan dengan harga tidaklah berpatutan.


Cendawan hitam tu aku lihat di pasaraya sekilo lebih kurang RM47 tapi janganlah beli sampai sekilo melainkan korang buat kenduri, jadi beli untuk makan sekali dua sudahlah.


Hidangan claypot atau sizzling ini selalunya disediakan oleh restoran cina, iaitu mereka suka memasak nasi menggunakan claypot juga ditaburkan sos kicap diatas nasi.



Tapi ntah macam mana boleh di convert ke resepi halal iaitu hanya menggunakan sos kicap dan tepung jagung juga pelbagai rempah masakan untuk menjadikan ia kelihatan seperti hidangan yang sebenar.


Pada pendapat aku sebenarnya rahsia kesedapan dia hanyalah datang pada cendawan hitam itu dan kepekatan kuah sos kicap yang telah dicampur bersama tepung jagung.


Bahan Untuk Kuah

- Kicap

- Sos tiram

- Cendawan hitam (Aku lupa nama cendawan)

- Cili kering

- Isi ayam

- Serbuk ayam knor

- Tepung jagung


Bahan penyedian

- Yee Mee

- Sayur sawi

- Telur


Cara-cara

- Masuk kicap dan sos tiram dalam periuk dan tambah air sedikit

- Masukkan cendawan, isi ayam, cili kering dan serbuk knor secukup rasa, masak hingga mendidih

- Kemudian bancuh sedikit tepung jagung masukkan kedalam kuah hingga menjadi pekat


Resepi disediakan oleh - Sue


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)