Terkini

Tahukah Anda Kolam Renang Mempunyai Kandungan Urine Yang Tinggi


Mungkin Pernah Antara Kita Yang Suka Terjun Kedalam Kolam Renang Atau Juga Sering Membawa Anak-Anak Kecil Mandi Manda.


Jadi aku ingin ingatkan sekali lagi pada perenang yang sering suka mandi manda di kolam renang terbuka, sila menjadi pengguna yang baik dan berakal bilamana jika pundi tu sudah terasa ingin mengeluarkan air kencing segeralah keluar dari kolam renang dan carilah tandas yang berdekatan.



Manakala bagi ibu-bapa yang sering membawa anak kecil, sudah pasti anak kecil anda sering tidak sengaja tertelan air dari kolam tersebut. Itu juga adalah tidak bagus untuk kesihatan mereka , maka silalah pantau anak-anak kecil anda atau jika boleh ajarlah mereka mandi manda di sungai atau pantai.


Kerana kita juga tidak tahu akan jadual pertukaran air kolam tersebut, mungkin lewat mungkin awal, atau mungkin juga lokasi sekeliling kolam itu mempunyai timbunan sampah serta kita juga tidak perasan dimana mempunyai tikus yang sering berkeliaran.


Anda pasti terkejut akan berapa banyak air kencing terkandung dalam kolam renang awam, kes buang air kecil dalam kolam renang memang biasa berlaku. Tetapi, pernahkah anda tertanya-tanya, secara purata, berapa banyakkah air kencing yang terkandung dalam kolam renang itu ketika anda sedang asyik berendam atau berenang di dalamnya?


Para penyelidik Kanada mendapati bahawa kolam-kolam renang sebenarnya mengandungi tahap air kencing yang agak tinggi, menurut sebuah artikel yang dikeluarkan pada 2 Mac.


Menerusi cecair-cecair tubuh manusia, dapati “pelbagai kimia” yang sedap menyerap masuk ke dalam air di kolam-kolam rekreasi, menurut kajian itu yang diterbitkan di jurnal Environmental Science and Technology Letters.



Keputusan ujian itu menunjukkan, sebuah kolam renang bersaiz 830,000 liter, iaitu sekitar satu pertiga saiz kolam renang Olimpik, mengandungi 75 liter air kencing sementara sebuah lagi kolam renang lebih kecil mempunyai 30 liter air kencing.


Para penyelidik menjalankan ujian tersebut dengan mengesan bahan acesulfame-K (ACE), bahan pemanis tiruan yang keluar dari tubuh secara keseluruhannya dan merupakan bahan yang sesuai sekali untuk mengesan air kencing.


Ia mendapati bahawa tahap konsentrasi ACE dalam kolam-kolam renang dan tab air hangat itu, yang tidak dinamakan dalam kajian itu, adalah sehingga 570 kali ganda lebih tinggi berbanding air paip biasa.


Malah menurut kajian itu lagi, berita tentang kolam-kolam renang Olimpik Rio 2016 akan bertukar warna hanya semalaman, menggariskan perlunya untuk sentiasa memantau mutu air.


Peneliti dari University of Alberta menguji 250 sampel yang di ambil dari 31 kolam renang dan air panas di dua kota Kanada. Hasilnya, dari 830.000 liter air kolam renang, 75 liternya mengandung air kencing. Sementara untuk kolam renang yang lebih kecil mengandung 30 liter air kencing.


Meskipun air kencing bersih daripada kuman, kewujudannya dalam kolam-kolam renang merupakan satu keprihatinan terhadap kesihatan awam, kerana air kencing boleh bercampur aduk dengan kimia-kimia dalam kolam renang dan memudaratkan kesihatan para perenang, menurut kajian tersebut.


Mungkin kita tidak boleh halang orang yang gemar akan mandi manda di kolam renang , tapi salah satu yang harus kita pastikan adalah dengan mengelak dari tertelan air kolam tersebut dan selepas mandi manda di kolam renang segera bilas tubuh badan dengan air bersih dari paip yang disediakan.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)