Pasar moden bermaksud membeli barangan dengan hanya dihujung jari iaitu dari Internet.
Dengan adanya pelbagai sumber laman sesawang untuk melakukan pembelian secara atas talian, maka kita mungkin sahaja mudah terdedah dengan risiko jenayah penipuan internet.
Risiko itu datangnya bilamana seseorang individu itu melakukan perniagaan internet tanpa sebarang pendaftaraan di SSM.
Kerana jika terjadi sebarang penipuan dalam urusan jual beli di internet, pihak polis agak sukar untuk mengambil tindakan untuk melakukan siasatan.
Ibarat macam aku pindahkan duit kepada orang ketiga dengan sukarela, haa sebab itu sebelum melakukan transaksi jual beli kena pastikan dahulu adakah akaun bank peniaga itu mempunyai rekod jenayah atau tidak.
Melainkan urusan jual beli korang dilakukan secara bersemuka (Face to Face) di lokasi yang ramai orang untuk mengelak dari sebarang rompakan.
Kebanyakan peniaga online adalah yang mulut manis dimana dengan kata-kata dia sahaja mampu membuatkan pelangan terpukau, jadi jangan cepat buat keputusan terburu- buru.
Saranan aku sila ambil masa untuk membuat pemeriksaan akan sejarah urusan jual beli peniaga itu atau rancanglah supaya dapat melakukan urusan pembelian secara bersemuka untuk mengelakkan dari kena tipu.
Itu belum lagi bab penipuan "Love Scam" di internet yang rata-rata menjadi mangsa adalah dari golongan kurang celik dan mudah termakan janji manis.
Korang bayangkan dah laa tak pernah berjumpa kenal pun di internet, tiba-tiba dengan hanya berkata-kata manis sahaja sudah mampu mencairkan hati si mangsa untuk melakukan permindahan wang.
Tapi dalam artikel ini aku bukanlah nak menceritakan tentang "Love Scam" , tapi yang aku nak cerita adalah bagaimana cara untuk membuat pemeriksaan terhadap peniaga online sebelum melakukan apa-apa transaksi atas talian ke akaun penjual.
Perkara yang penting, jangan sesekali menekan pautan mana-mana link yang diberikan melalui emel atau kotak sembang facebook dan lain-lain.
Seterusnya, pastikan peniaga online itu mempunyai pendaftaran di SSM dan sekaligus pastikan nama akaun bank adalah sama diatas nama syarikat yang didaftar.
Jangan pula dia kata syarikat enterprise tapi masih guna akaun peribadi untuk menerima apa-apa transaksi atas talian, sebenarnya itu adalah salah satu ciri-ciri penipuan yang bakal berlaku pada diri anda.
Kerana boleh sahaja terjadi dia mengunakan mana-mana nama syarikat orang lain untuk mengaburi.
Kini kerajaan Malaysia amatlah tegas akan isu penipuan internet dan peniaga online yang masih gagal melakukan pendaftaran perniagaan.
Dengan adanya inisiatif dari kerajaan Malaysia, polis bukit aman telah membangunkan sebuah laman sesawang yang dipanggil "Jenayah Komersil".
Untuk menerima aduan dari mangsa penipuan internet dan sekaligus telah memberi pengguna untuk melakukan pemeriksaan akaun bank seseorang atau syarikat yang kita curiga.
Dibawah adalah pautan laman sesawang untuk anda melakukan pemeriksaan akaun bank penyamun di internet.
Periksa akaun bank peniaga online - Jabatan Siasatan Jenayah Komersil