Terkini

Karpet Kereta Yang Mudah Di Selenggara - TRAPO


Terganggu dengan bau tidak menyenangkan didalam kereta juga sedang mencari karpet yang mudah dicuci dan dikeringkan ?


Ya, karpet kereta keluaran Trapo mampu membantu anda keluar dari masalah selenggara kerana mempunyai kualiti karpet jenis getah.



Setelah aku menggunakan karpet kereta keluaran kilang iaitu yang jenis kain, nak dijadikan cerita ketika musim hujan memang tidak sesuai digunakan kerana ia akan membuatkan karpet kereta basah dan berbau busuk.


Lama kelamaan karpet pun akan kelihatan kotor, itu belum kira jika budak kecil tertumpah air sirap diatas karpet lantai. Nak atau tidak kita pasti kena cuci karpet tersebut.


Aku pernah cuci karpet jenis kain ni dan ketika keringkan memang kena satu hari, buatnya kena hari mendung tiada matahari tak keringlah karpet kereta aku.


Setelah buat sedikit sebanyak carian mengenai jenis karpet kereta yang berada di pasaran, terjumpa pula jenama trapo dan kena dengan citarasa aku.


Karpet kalis air keluaran trapo ini ada 3 kategori pembelian iaitu siap potong ikut keluaran model kereta dan jenis DIY iaitu potong sendiri mengikut kemahuan kita, manakala terakhir adalah khas untuk bonet kereta kita.


Aku pula sudah pasti memilih jenis siap potong sebab tidak mempunyai kemahiran memotong senang cerita malas nak berfikir, kalau boleh terima je nanti terus pasang.


Harga siap potong adalah berbeza mengikut model kenderaan kita iaitu lingkungan RM100++, maklumlah ada kereta sempit ada kereta luas jadi tidak mungkin syarikat nak letak harga yang sama untuk semua jenis kenderaan pula kan.



Bagusnya karpet trapo ini adalah kerana ia menggunakan konsep kehijauan iaitu setelah tamat warranty selama 1 tahun, karpet kita mempunyai kerosakan kritikal seperti cair disebabkan terkena api atau terkoyak kena pisau.


Jenis karpet ini boleh sahaja kita jadikan sebagai bahan kitar semula atau masukkan ke tong kitar semula yang disediakan oleh pihak kerajaan.


Pula tu ketika melakukan pembelian atas talian pelangan akan diberi beg sebesar karpet untuk memudahkan menyimpan karpet atau digunakan untuk hal yang lain.


Penggunaan setakat ini pada aku memang amat berpuas hati dan mudah untuk dicuci dan cepat dikeringkan, arghh korang bising-bising dengan anak kecil pun tak guna terus je beli dan pasang supaya mudah bila nak dicuci nanti.


- Daftar Sebagai Ejen.

- Pembelian Disini.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)