Terkini

5 Sebab Kenapa Memberi Lebih Baik Dari Menerima


Memetik ayat dari artikel berbahasa ingris yang berbunyi 'More You Give, More You Get' adalah mempunyai maksud yang mendalam.


Didunia mempunyai pelbagai adat resam, mahupun adat ciptaan sendiri atau pun adat mengikut agama masing-masing. Tapi dalam kes ini manusia rata-rata akan memilih jika ada lebih baru memberi jika tidak ada maka berdiam sahaja dahulu.



Dalam agama islam pula, jika nak lebih haruslah perbanyakan memberi walaupun kuantiti sedikit tapi haruslah selalu (istiqamah) supaya rezeki yang kita perolehi berkat dan tidak terputus dengan izin Allah.


#1. Allah akan memberi nikmat rezeki kepada hambanya melalui tangan hambanya sendiri


Sebagai orang muslim haruslah kita yakin dan percaya bahawa setiap rezeki adalah datangnya dari Allah bukan datangnya dari manusia. Secara teknikal setiap rezeki dari Allah untuk hambanya adalah melalui tangan hambanya juga.


Bagi orang muslim adalah salah jika mengatakan rezeki itu datangnya dari manusia atau simpolan nama yang gah di telinga manusia pada masa kini.


#2. Memberi atau sedekah adalah salah satu cara untuk mengekalkan harta


Dalam Al-Qur’an surah Al-Baqarah ayat 261 disebutkan, “Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan 70 tangkai, pada setiap tangkainya terdapat 100 biji. Allah melipat gandakan bagi siapa saja yang Dia kehendaki.


Secara fikiran sederhana jika kita sering mengeluarkan harta mungkin sahaja akan menjadi miskin, tapi jika yakin dan percaya akan rezeki Allah. Kita akan dilipat gandakan lagi rezeki dengan melalui perlbagai cara, ini salah satu rahsia Allah dan hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui lagi Maha Segalanya.


#3. Amalan Sedekah Tidak Akan putus Walaupun Sudah Mati


Dalam Hadis disebutkan, Rasulullah SAW bersabda: “Jika manusia itu mati terputus semua amalannya kecuali 3 perkara, iaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan doa dari anak soleh yang sentiasa mendoakan (Kedua orang tuanya).”.


3 amalan inilah yang pahalanya akan terus mengalir walaupun kita sudah meninggal, iaitu pahala bersedekah, pahala dari ilmu baik yang pernah diajarkan kepada orang lain, dan doa anak yang soleh kepada orang tuanya. Maka dari itu akan lebih baiknya kita mengamalkan 3 amalan tersebut sebelum ajal menjemput kita.


#4. Sedekah Membuka Pintu Rezeki


Dalam hadis oleh Abu Hurairah R.A, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Tidak ada hari yang disambut oleh para hamba melainkan di sana ada dua malaikat turun, salah satunya berkata: “Ya Allah berikanlah ganti kepada orang-orang yang berinfaq. Sedangkan malaikat yang lainnya berkata: “Ya Allah berikanlah kehancuran kepada orang-orang yang menahan hartanya.” (HR Bukhari dan Muslim).


Bermaksud dalam rezeki yang kita perolehi sekarang adanya rezeki orang lain yang harus kita agihkan.


#5. Orang yang bersedekah ketika lapang mahupun sempit adalah pilihan yang baik


Kalau hari ini aku tidak bersedekah kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi, itu adalah alasan yang tidak logik kerana bersedekah ini bukan sahaja harus menggunakan wang kertas malah boleh sahaja menggunakan barangan seperti makanan, peralatan, pakaian, dan pelbagai lagi asalkan ia perkara yang tidak melanggar hukum Allah dan akal.


Maksudnya jangan pula kita sedekahkan air alkohol dan daging khinzir kepada orang muslim atau pun sesuatu perkara yang dilarang oleh Allah SWT.


'Wallahu a'lam , hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahui segalanya.'

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)