Terkini

Rahsia Penjagaan Gigi Yang Ramai Masih Tidak Tahu


Gigi boleh dikatakan sumber utama bagi manusia dan makhluk lain.


Dengan adanya gigi kita mampu tersenyum lebar dan menikmati pelbagai hidangan yang menarik mahu yang baik untuk kesihatan gigi hinggalah makanan yang mampu merosakkan gigi.



Ada dikalangan kita seringkali terlupa membersihkan gigi sebelum tidur, manakala ada pula yang rajin membuat temujanji untuk berjumpa doktor gigi supaya dapat melakukan pemeriksaan berskala.


Apa pun pilihan anda, ingin di ingatkan gigi hanya tumbuh sekali sahaja setelah berjaya mengantikan gigi susu. Justeru haruslah anda membuat penjagaan gigi dari sekarang.


Penjagaan gigi boleh dilakukan dari segi memilih makanan yang baik seperti buah-buahan, sayuran dan lain-lain. Manakala jika teringin untuk menikmati makanan ringan seperti coklat atau sejenis minuman yang mengandungi kandungan gula tinggi seperti minuman coca-cola.


Haruslah anda set dalam kepala untuk tidak terlupa memberus gigi sebelum tidur kerana gigi akan mudah rosak sekiranya bakteria dibiarkan bermaharajalela di dalam mulut yang tidak dibersihkan sebelum tidur.


Di dalam mulut manusia terdapat beberapa kalenjar air liur yang berfungsi bukan sahaja memudahkan makanan menjadi lembut semasa mengunyah, tetapi penting untuk mengawal pembiakan bakteria yang boleh membuatkan gigi rosak dan mulut berbau busuk.


Walaubagaimanapun, penghasilan air liur berkurangan semasa kita tidur tidak dapat mengekalkan fungsinya untuk memastikan mulut bersih dan segar. Sebab itulah selepas kita bangun tidur, mulut kita akan berbau kurang enak.


Kerana bakteria yang ada di dalam mulut itulah punca mulut berbau dan ia sangat cepat membiak semasa air liur sedikit. Sekaligus kita telah diajar dari kecil untuk memberus gigi selepas bangun dari tidur manakala tidak ramai ibu-bapa yang turut mengajar supaya anak-anak memberus gigi sebelum tidur.


Selain itu, makanan manis juga adalah makanan yang paling mudah merosakkan gigi kerana ia boleh menyebabkan mulut berasid yang berfungsi untuk menghakis gigi. Pakar gigi juga mengatakan bakteria akan memakan makanan manis itu dan menghasilkan bahan berasid di dalam mulut kita.


Jadi mentaliti manusia pada hari ini haruslah diubah untuk memberus gigi sebelum tidur yang juga telah dipandang remeh selama ini. Ada juga jenis menggosok gigi, tetapi selepas itu sambung pula makan kemudian terus tidur. ish! minta ubahlah sikap yang tidak sihat itu.


Ramai orang yang memandang remeh tentang menggosok gigi sebelum tidur. Ada yang menggosok gigi, tetapi selepas itu sambung makan kemudian terus tidur.


Beberapa Punca Mulut Masih Berbau Walaupun Sudah Memberus Gigi

- Minuman Kafien (Kopi).

- Tidak Berus Lidah (tongue scraper).

- Makan Banyak Protein (Seperti Daging).

- Masalah Kesihatan (Demam dan Selesema).

- Ulser Mulut & Bengkak Gusi.

- Karang Gigi & Gusi Mudah Berdarah (Jumpa Doktor Gigi).

- Tonsil Pada Tekak.

- Makanan Bergula.

- Masalah Pedih Ulu Hati.

- Gigi Berlubang.


Jika mengalami masalah seperti diatas silalah berjumpalah dengan doktor gigi untuk membuat pemeriksaan paling kurang setahun sekali. Ini kerana doktor gigi boleh mengesan masalah kerosakan gigi atau gusi yang menjadi punca mulut berbau. Maka, dapatlah anda mengatasinya sebelum ia menjadi teruk.


Beberapa Cara DIY Untuk Memutihkan Gigi & Menanggalkan Karang Gigi

- Berus dan kumur menggunakan campuran baking soda dan air garam (Jangan Kerap).

- Berus menggunakan kayu sugi.

- Minyak kelapa Dara.(Sapukan pada gigi beberapa minit dan kumur dengan air bersih).

- Lemon & air gram (Mungkin terlalu masam).

- Cuka apel (Membunuh bakteria mulut dengan berkumur).

- Arang kayu (Tumbuk bagi hancur dan campurkan bersama air lalu gosok ke gigi.

- Minum Susu.

- Hindari Merokok Dan Alkohol.

- Mengunyah Daun Sirih.


Atau mungkin anda punya cara tersendiri untuk memutihkan gigi yang kuning? Tidak ada salahnya untuk membagikannya melalui kotak komentar dibawah ini.

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)