Sering bimbang dengan isu privasi ketika berada diatas talian semasa menggunakan telefon pintar?
Ya, mungkin sahaja pernah aku nonton sebuah filem hollywood yang asyik menggunakan teknologi pengesan telefon pintar untuk mengesan penjenayah.
Juga mungkin ketika itu kita rasakan teknologi mereka itu adalah palsu atau mungkin hanya rekaan lakonan semata-mata.
Pada pandangan aku berkaitan filem hollywood, pengarah filem hollywood juga suka menyampaikan sesuatu mesej kepada penonton melalui dialog atau gambaran.
Dengarnya teknologi perkomputeran pada hari ini yang mempunyai kecanggihan diluar kotak fikiran manusia, dengan adanya pelbagai sistem perkhidmatan yang dicipta seperti storan awan dan sebagainya.
Boleh sahaja aplikasi atau virus melakukan "Autosync" menyedut data-data handphone anda seperti senarai phonebook, membaca app messenger anda seperti whatsapp, telegram mahupun SMS.
Bukan itu sahaja, juga boleh melakukan copy gambar-gambar yang berada di galeri telefon anda. Pernah aku satu filem hollywood dimana mereka sering menyampaikan mesej 'tiada sistem yang selamat' yang bermaksud setiap sistem yang kita guna besar kemungkinanan ada pihak berkuasa dibelakangnya seperti kerajaan atau penjenayah yang mampu sahaja menghidupkan kamera dan perakam audio tanpa disedari oleh pemilik.
Mungkin itu salah satu lakonan, tapi teknologi yang mereka ada juga tidak mustahil kerana pada zaman sekarang ada sahaja ancaman-ancaman cyber yang seringkali memeras ugut dengan data peribadi si mangsa seperti 'ransomware'.
Jadi dalam artikel ini bukan cerita tentang penduduk anonymous, tapi aku sekadar ingin berkongsi sebuah app yang menarik dan aman untuk diguna pakai oleh semua golongan yang gemar chating.
Kenapa App Messenger Surespot?
App messenger surespot mempunyai ciri END to END yang di enkripsi menggunakan penyulitan 256 bit AES-GCM dan dicipta dengan 521 bit ECDH.
Mungkin ada yang tidak faham apa itu AES-GCM 256 bit dan 512 bit ECDH, jangan risau boleh sahaja anda rujuk disini.
Bagaimanakah Surepost Berfungsi?
Katakan aku menghantar poskad dari Itali ke London dengan menggunakan perkhidmatan penghantaran, jadi dalam perjalanan penghantaran itu poskad itu boleh sahaja disentuh atau dibuka dan dibaca oleh orang ketiga iaitu si tukang hantar.
Jadi secara mudah difahami poskad itu akan berada di 'Hop' terdahulu sebelum sampai pada si penerima. Jadi kesimpulanya ketika poskad itu berada di 'Hop' ia mungkin sahaja akan disentuh dan dibaca oleh orang ketiga.
Surespot menyelesaikan masalah prying dan mengintip dengan menggunakan penyulitan 'end-to-end' yang ketat . Walaupun SSL melakukan tugas yang baik untuk menghantar data dari pengguna ke server dengan menggunakan ciri enkripsi, ia belum lagi mencukupi dan masih ada juga mempunyai kebocoran data ketika menggunakan perkhimatan enkripsi SSL.
Setiap paket data atau dalam kes ini dipanggil mesej berbentuk teks yang akan dihantar ke peranti seterusnya, ketika itu Hop akan terjadi seperti yang aku maksudkan tadi atau anda boleh rujuk disini.
Ringkasan
App surespot terus menjadi panas setelah pihak NSA dan keseluruhan menyedari suresport messenger salah satu app yang terbaik kerana 200% menjaga keamanan data pengguna.
Bloger dari luar turut mengatakan besar kemungkinan syarikat surespot ini akan menjadi tempat serangan oleh media dan pihak berkuasa.
Manakala salah satu yang boleh dikatakan kelemahan app messenger surespot adalah, kita harus menghantar pautan link untuk menjemput rakan untuk turut serta memuat turun sekaligus terus ditambahkan sebagai rakan.
Kerana surespot tidak sesekali meminta nombor telefon pengguna untuk menghantar kod pengesahan. Pada aku ia amatlah mudah dan tidak sesekali meminta apa-apa data maklumat dari pengguna.
Yang menarik lagi surespot juga memerlukan akaun login setiap kali anda ingin masuk untuk membaca pesanan dari rakan, pula tu kita boleh sahaja menetapkan masa membaca dan sekaligus pesanan tersebut akan hilang 'set self-destruct timer' seperti yang kita lihat di app Telegram.
Surespot juga pernah di tawarkan untuk bekerjasama dengan agensi kerajaan untuk memantau tingkah laku pengguna, akan tetapi sehingga sekarang mungkin tiada jawapan dari pengasasnya.
Bahan Rujukan - Wiki | Surespot Website
Memuat Turun - Suresport (Android)
Adakah anda menggunakan surespot? Kami ingin mendengar daripada anda dan pemikiran anda tentang aplikasinya.