Terkini

Penjagaan Penapis Udara Kenderaan Sangat Penting Untuk Prestasi Enjin


Dari Yang Sukar Dilihat Hinggalah Bahagian Yang Mudah Dilihat Pada Kenderaan Sememangnya Kita Tidak Berani Untuk Sentuh, Jadi Aku Akan Berbicara Sedikit Sebanyak Berkaitan Penapis Udara.


Sebenarnya aku sendiri tidak tahu mengenai komponen kenderaan seperti kereta mahupun motorsikal, tapi apa yang membuatkan aku ingin tahu salah satunya adalah faktor ekonomi yang dimana telah diketahui umum semua perkara dan barangan spareparts kenderaan akan dikenakan cukai %gst.



Katakan harga spark plug RM10, yang perlu dibayar adalah RM10.60 tidak termasuk kos pemasangan. Hah! , nampak tu bagaimana duit kau mengalir dengan jayanya.


Oh, tempoh hari mentol motorsikal aku terbakar dengan sendiri, jadi aku pun bergegas pergi ke bengkel dan minta pertukaran mentol.


Harga sebiji mentol sekitar RM1 - RM2 macam biasalah soalan yang kau akan terima adalah "Mahu baik punya kah, Mahu kurang baik punya kah".


Dapat jenis pelangan yang kedekut dan asal boleh, pilihannya sudah pastilah 'asalkan murah je' setelah siap pasang dan motorsikal kembali bercahaya tokey bengkel pun minta bayarannya sebanyak RM5.


Perghh! tak terkejut kau dibuatnya, upah pemasangan yang begitu mencekik darah oh ye jika pomen yang baca artikel ini sudah pasti akan berkata alaaa biasalah 'kau ingat senang ke nak buka lepas tu pasang semula'.


Maka dari semenjak itu aku berazam untuk belajar dan belajar lagi cara mana untuk lakukan pertukaran komponen kenderaan secara ilmiah, sebab kata orang tua aku ekonomi itu mengalir dari poket sendiri bukannya dari poket orang lain.


Jadi kalau kita dapat menentukan mana pergi pelaburan itu, maka ekonomi kita turut akan terjaga dengan baik. Tahukah jika anda mampu pelajari cara pemasangan mana-mana komponen di kenderaan, anda akan perolehi penjimatan yang banyak.



Ketahui Bila Masanya Penapis Udara Kenderaan Harus Ditukar


Penapis udara bersih menghasilkan peningkatan jarak gas, kelajuan yang lebih baik, peningkatan menghidupkan enjin dan prestasi enjin keseluruhan yang lebih baik.


Penapis udara bukan sahaja bekerja untuk membersihkan udara memasuki enjin tetapi ia juga menghalang serpihan kotoran daripada memasuki enjin dan menyebabkan mengalami kerosakkan yang kritikal.


Bagi setiap gelen bahan bakar, ia memerlukan sehingga 10.000 gelen udara bersih oleh sebab itu mengapa penapis udara adalah salah satu komponen penting bagi enjin.


Apabila penapis udara menjadi kotor, kapasiti untuk menapis udara masuk ke enjin dikurangkan. Kerana ini, enjin tidak dapat berfungsi dengan baik juga boleh menyebabkan banyak masalah ketika memandu seperti prestasi enjin akan menjadi lambat pickup atau berat.


Memeriksa dan menggantikan penapis udara, seperti yang ditunjukkan pada jadual penyelenggaraan pengeluar, adalah penting tetapi sering kali diabaikan oleh pemilik kenderaan.

Itu jikalau pemilik kenderaan masih mengikut jadual penyelenggaraan, dapat yang buku servis dah hilang haaa tak ke kau pening nak lakukan pertukaran komponen yang mana.


Jadi rata-rata ramai yang menggunakan konsep rosak dulu baru cari pusat servis kenderaan, sedangkan kerosakkan itu boleh dibendung dari awal dengan angaran kos yang lebih rendah.


Alat tukar ganti ini juga boleh didapati dari mana-mana pengedar kenderaan, cuma apa yang anda kena berhati-hati adalah kualiti akan alat gantian tersebut. Elakkan menggunakan alat ganti yang murah lagi tiruan, tapi ada kes pengeluar pun pandai menipu barang tiruan dijualnya dengan harga seperti barang original.


Video dibawah ini aku petik dari youtube dimana ia akan membuat sedikit gambaran bagaimana penapis udara bekerja, kalau penghawa dingin korang tak sejuk haa tu pun salah satu faktor penapis udara sudah berkeladak macam tong sampah.



Dah mengerti silakan periksa penapis udara kenderaan anda lihat sama ada sudah sesak nafas ke belum, jika sudah sesak nafas eloklah tukar yang baru dengan segera.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)