Setelah lebih setahun menggunakan kenderaan keluaran perodua axia, sudah tiba waktunya bahagian absorber terasa tidak sesedap seperti baru keluar kilang.
Masalah ini bukan sahaja terjadi pada model keluaran perodua axia sahaja, tapi ia boleh dikatakan hampir seluruh model kenderaan di muka bumi ini.
Cuma bezanya ketahanan produk itu boleh bertahan dalam jangka masa lama atau singkat. Jadi tidak mustahil bagi model axia dimana ia adalah salah satu kenderaan kategori mampu milik di malaysia juga dilabel sebagai kenderaan bandar.
Ramai juga di forum mengatakan kualiti peralatan yang terpasang di axia tidak begitu memuaskan, nak atau tidak sampai masa pemilik haruslah mengeluarkan duit poket sendiri untuk tukar barang standard kilang kepada yang lebih baik.
Memandang dari segi perniagaan tidak mungkin pihak pengeluar kenderaan ingin mengeluarkan kenderaan yang terbaik tapi dijual dengan harga yang begitu murah kepada pelangan.
Semesti ia jual kenderaan mampu milik akan tetapi peralatan yang terpasang adalah boleh dikatakan gred paling rendah senang cakap asal boleh jalan.
Lepas 7 bulan atau 1 tahun pakai, mula pemilik kenderaan hadir ke pusat servis sambil membawa pelbagai masalah yang telah dialami.
Perkara diatas bukan sahaja terjadi kepada pemilik kenderaan mampu milik seperti axia atau myvi tetapi jika kita lihat statistik boleh dikatakan kereta mewah juga mempunyai pelbagai masalah.
Kata orang, ciptaan manusia tidak pernah akan sempurna. Jadi baru-baru ini kenderaan aku telah pun mengalami masalah absorber dimana ketika memandu kereta akan terasa membuai atau membuang.
Aku pun bukalah buku warranty pengeluar untuk memeriksa, adakah absorber mempunyai warranty atau tidak tapi sayang sekali ia tidaklah mempunyai jaminan.
Setelah dari itu aku pun mulakan pencarian sedikit sebanyak info berkaitan mengenai absorber, bagi yang baru nak mengenali peralatan kenderaan kereta tu spring dan absorber adalah permainan yang berlainan.
Item itu bukan datang sekali melainkan kita yang kena keluar duit lebih untuk perolehi kedua-dua item tersebut. Kata pusat servis jika absorber standard kilang ada jaminan warranty sudah pasti ia akan menyukarkan syarikat pengeluar kenderaan.
Statistik mengatakan ramai pemilik kenderaan di malaysia memasang absorber adjustable supaya dapat menikmati pemanduan yang lebih sempurna.
Absorber adjustable bukanlah semua peringkat pemilik kenderaan mampu melabur untuk pasang, kerana harganya mungkin mencecah ribuan ringgit melainkan ada offer atau tangan kedua.
Jadi dengan adanya jenama yang tidaklah terkenal atau tidak pernah masuk berita mahupun papan iklan tepi lebuhraya, iaitu proride .
Aku memeriksa produk tapi sayangnya jenama ini belum lagi mempunyai keluaran adjustable yang ada cuma versi standard, sport (rendah), heavy duty (family). Harganya pula pada aku mungkin semua golongan pemilik kenderaan mampu pasang produk ini.
Harga pula adalah bergantung pada model kenderaan, seperti yang telah aku survey perodua axia standard RM420 , sport RM480 , heavy duty RM460. Manakala jaminan warranty pula diberi selama 6 bulan atas permasalahan yang ditetapkan seperti kebocoran minyak atau lain-lain yang berkaitan.
Ingin tahu hasil setelah memasang absorber dari proride? nantikan artikel akan datang setelah aku habis lenjan diatas lebuhraya selatan.
- Proride Absorber