Patung mainan adalah kesukaan kanak-kanak terutama bagi wanita, tapi kini patung bukan sahaja sering dihadiahkan kepada anak kecil malahan yang dewasa pun turut masih diberi hadiah seperti anak patung beruang.
Jika didalam agama islam, amatlah dilarang sama sekali untuk memiliki patung mainan seperti anak beruang atau apa sahaja yang kelihatan cukup sifat.
Apa itu cukup sifat? ia bererti anak patung yang jenis mempunyai kaki, tangan, wajah, dan lain-lain yang kelihatan sempurna.
Bagaimana pula memiliki anak patung sekadar niat untuk dijadikan hiasan, perkara itu turut dilarang sama sekali kerana kelihatan seperti dimuliakan.
KENAPA ISLAM MELARANG MENYIMPAN PATUNG MAINAN DIRUMAH
Islam tidak meredhai umatnya menyimpan patung di dalam rumah kerana ia kelihatan seperti penyembahan oleh orang-orang kafir.
Sekalipun seseorang itu tidak menganggap patung tersebut sebagai tuhan dan tidak menyembahnya, ia tetap dilarang kerana Islam bukan sekadar melarang seseorang dari melakukan syirik tetapi ia juga menghalang dan menutup segala jalan-jalan yang mengarah, menyerupai dan memiliki unsur syirik.
Lebih dari itu malaikat juga tidak akan memasuki rumah yang mempunyai patung di dalamnya dan ketiadaan para malaikat ini akan menjauhkan rahmat dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala daripada penghuni rumah tersebut.
ADAKAH KANAK-KANAK BOLEH DIBENARKAN UNTUK BERMAIN ANAK PATUNG?
Boleh diberikan untuk dijadikan permainan kanak-kanak, tapi haruslah bersyarat dimana ibu-bapa diwajibkan untuk memeriksa permainan tersebut supaya tidak mempunyai ciri-ciri cukup sifat seperti yang dinyatakan diatas.
Jika boleh ajari anak-anak anda dengan permainan yang lebih baik daripada memperkenalkan produk-produk permainan yang berada di pasaran.
Pada penghuni kediaman rumah atau pejabat yang mempunyai patung diatas meja, almari bertujuan hiasan. Pula dalam masa anda salah seorang yang sering menjadi mangsa gangguan mahluk halus maka berikanlah nasihat kepada pemunya hiasan tersebut supaya simpan ia didalam kotak atau nyahkan terus dari kawasan yang dijadikan sebagai tempat perhiasan itu.
Maka langkah terbaik dan selamat ialah tidak menyimpan patung-patung tersebut sama ada di dalam rumah, pejabat, kereta atau di mana-mana sekalipun kerana ditakuti ia menjebakkan kita di dalam perbuatan syirik tanpa sedar.
Berhati-hatilah dalam tindakan kita, jauhilah perkara yang syubhah, kerana ia merupakan tanda ketaqwaan seseorang kepada Allah