Aku ingat dalam kehidupan yang sedang menuju wawasan 2020 ini dapatlah lihat kenderaan terbang sana sini atau motorsikal terbang malah dapatlah mengurangkan kenderaan di darat.
Tapi dalam artikel ini bukanlah aku nak mengulas isu kenderaan mahupun wawasan 2020 tetapi apa yang aku nak katakan yang terbang adalah kewangan.
Tahukah anda di zaman berinternet ini mudah sahaja duit anda terbang tanpa perlu keluar rumah juga tanpa perlu masuk shoping kompleks juga tidak perlu pening cari tempat letak kenderaan.
Sekarang ini boleh dikatakan zaman membeli-belah sambil baring, sambil baca paper, sambil sarapan pagi dan sampai masa barang terus sampai depan pintu rumah.
Kalau sebelum hari minggu je bangun pagi sibuk bersiap untuk jenjalan cari barang, tapi kini situasi seperti itu tidak lagi digunakan kerana manusia pada hari ini buka mata benda pertama yang dicari adalah telefon pintar.
Telefon memang dah pintar, tapi orangnya tidaklah pintar mana pun mana tak selalu manusia jika buka mata perkara yang perlu difikirkan adalah sarapan atau paling biasa pun ambil tuala pergi mandi.
Dengan adanya platform e-dagang, buka mata je terus menjiwai telefon pintar untuk melihat promosi yang ditawarkan oleh aplikasi e-dagang. Pusat membeli belah atas talian paling senget buat ketika ini adalah Shopee.
Kenapa aku kata ia adalah platform e-dagang senget dalam artikel ini adalah kerana ia suka buat promosi dalam masa yang singkat, sebagai contoh pada yang pernah masuk bangunan Jakel.
Supervisor mereka kerap menggunakan perkataan "Happy Hour!" untuk menarik perhatian pelangan yang tak habis-habis memikir akan harga yang ditawarkan pada papan. Tapi dengan adanya konsep marketing seperti ini akan membuatkan pelangan itu tidak sempat memikir kerana ia meletakkan masa yang terhad dengan harga yang lebih murah dari papan harga.
Konsep itulah yang terjadi pada shopee pada ketika ini, iaitu pihaknya menggunakan konsep marketing dipanggil "Shocking Sale!" dalam masa yang terhad.
Maka dengan adanya jenis marketing senget ni ia telah membuatkan jiwa aku kacau, resah, gelisah serta gundah gulana.