Terkini

Hidangan Tengah Hari Yang Mudah Lagi Sedap

Hari minggu adalah hari yang indah bagi ibu bapa yang bekerja kerana sering sahaja terpaksa makan diluar daripada makan dirumah.


Manakala dipetang hari ketika pulang dari kerja sudah pasti telah letih dan kurang memasak, tapi ini tidaklah berlaku pada semua individu dan keluarga.



Ada sahaja ibu yang bekerjaya masih mampu menyediakan hidangan untuk keluarga yang tercinta, tapi ada juga yang tidak termampu malah lebih gemar makan diluar.


Bila tibanya hari minggu, ahli-ahli yang bekerja sememangnya lebih suka menggunakan waktu yang ada untuk rehat berpanjangan dan ada juga suka keluar ke pusat beli belah.


Bagi yang gemar berjalan sudah semesti terus makan diluar , manakala jika yang jenis merehatkan diri dirumah seperti aku ni.


Apa yang aku harapkan adalah hidangan yang mudah lagi sedap, eh macam mana erk mudah lagi sedap sedangkan kalau nak sedap sudah pasti kena banyak guna rempah ratus dan sebagainya.


Bagi aku pada hari minggu adalah hari yang sesuai untuk merehatkan diri bersama keluarga, tidaklah aku di ruang tamu ngadap laptop manakala isteri pula sibuk di dapur.


Jadi apa yang aku suka adalah si isteri menghidangkan makanan yang mudah lagi cepat supaya waktu yang sepatutnya dihabiskan di dapur dapat di singkatkan untuk rehat dan berkomunikasi.


Minggu ini pilihan hidangan kami adalah bubur bersama lauk yang sedap iaitu ikan masin dan telur dadar, sedap ke sedap? memang sedaplah wei.


Kaki hipster je tak reti menikmati hidangan sesedap ini, walaupun ia bubur tapi dengan izin allah' punyalah berselera sehingga terpaksa menambah lagi.


Tapi bila aku teringat balik akan satu kata mutiara ini, "Nikmat makanan itu datangnya dari Allah bukan datangnya dari makanan itu" .


Bermaksud segala kesedapan itu adalah datangnya dari Allah, katakan hari ini aku pergi restoran hipster makan mee kari berharga 16.90sen + GST 6% tapi allah tidak memberi nikmat akan hidangan tersebut.


Dengan senang hati aku pun berkata, hidangan mee kari ini tidak sesedap harganya. Kau faham ke faham apa yang aku nak sampaikan ini?


Kalau faham, walaupun nasi cicah kicap sekalipun kalau Allah nak beri nikmat tu memang sedap aje wei. Belajar reti bersyukur sikit jangan asik nak minta duit mak bapak je untuk makan diluar.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)