Terkini

Kenapa Kerbau Dan Beruang Dikaitkan Dengan Pasaran Saham


Menjadi tanda tanya pula kenapa patung bursa malaysia atau wall street adalah beruang dan kerbau, Kenapa tidak letak unta dengan kuda?


Istilah-istilah ini telah ada sejak awal abad kelapan belas di London, meskipun asal usul yang tepat dari istilah ini tidaklah pasti. Salah satu teori menyatakan bahawa istilah tersebut berasal dari cara bagaimana beruang (Bear) dan kerbau (Bull) berlawan sebagai contoh beruang cakar ke arah bawah sementara kerbau menanduk ke arah atas.



Biasa tengok patung kerbau gergasi di luar bangunan Wall Street dalam mana-mana filem Hollywood? Di luar bangunan Bursa Malaysia juga ada patung-patung ini.


Setelah lakukan sedikit sebanyak pencarian di google maka dapatlah sedikit sebanyak rujukan dari beberapa penulis yang lebih mengetahui kisah berkaitan patung haiwan ini.


Tidaklah orang jenis aku ni bingung duduk fikir apa benda la diorang ni pergi letak patung dua ekor ni kat depan pintu.


Apa Maksud Pasaran Kerbau

Kerbau mempunyai tanduk dan apabila ia berasa terancam – kerbau akan menanduk dengan menujah ke atas. Dan disebabkan tujahan ke atas ini lah, ia sering dikaitkan dengan trend pasaran saham yang menaik. Banyak harga akan ‘pecah siling’ dan harga resistance sesuatu saham itu pecah ke paras yang tidak pernah berlaku sebelum ini.


Jadi Kenapa Kerbau?


Pasaran saham yang sedang bullish, bermaksud trend yang menaik. Pada masa ini, ekonomi berada di dalam keadaan yang sangat baik, kadar pengangguran yang rendah, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menaik, dan kebanyakan harga saham meningkat.


Pendek kata semuanya kelihatan baik-baik belaka, dan memilih saham yang berpotensi meningkat naik amat mudah sekali. Ramai orang akan tersenyum pada tempoh waktu ini dan membuat keuntungan yang banyak.


Kenapa Pula Dengan Beruang


Tahu tak beruang apabila terancam, ia akan berdiri bagi menunjukkan badannya yang besar? Apabila sampai masa untuk menyerang, ia akan menerkam ke bawah seolah-olah ingin membenam mangsanya. Dan apabila mangsa sudah terbaring, beruang akan teruskan menghentak mangsanya sehingga terbenam ke dalam tanah bagi memastikan mangsanya tidak lagi berupaya untuk melawan.


‘Hentakan’ ini akan menyebabkan harga support sesuatu saham itu akan pecah dan harga akan terus menjunam ke paras baru. Ini akan menyebabkan pelabur lain menjadi panik dan harga saham tersebut akan semakin jatuh dah jatuh.


Pasaran Beruang Macam Mana Pula


Apa yang naik, pasti akan turun. Begitu juga dengan pasaran yang bearish, ia adalah terbalik daripada pasaran yang bullish. Pada tempoh masa ini, keadaan ekonomi adalah tidak berapa baik (gawat) dan harga-harga saham sedang trend menurun.


Semuanya seperti akan menjadi lebih teruk lagi, dan sangat sukar untuk pelabur memilih saham yang boleh mendatangkan keuntungan. Salah satu strategi adalah dengan memantau sahaja, dan apabila keadaan seperti akan naik – baru anda masuk membeli harga yang sedang berada di tahap diskaun.


Tapi maksud diatas adalah apa yang diangap oleh kepala manusia, tapi selain dari itu mungkin adanya simbolik yang tidak dapat diketahui umum.


Sumber Rujukan - Majalah Labur

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)