Terkini

Kerja Penukaran Kotak Media Jadi Mudah Dengan HDMI Switch

Oleh kerana menjak bermenjak ini aku agak gemar menonton movie melalui kotak android tv, dalam masa sama terpaksa ganggu si permaisuri beta menikmati rancangan kesukaan dia melalui dekoder Njoi.


Pula tu yang jadi masalahnya TV satu tapi kotak media ada dua, nah tak kan pula asik nak cabut cable hdmi je kan silap haribulan rosak pula port belakang tv tu.


Ada juga terfikir ingin mempunyai lagi satu TV, tapi bila fikir balik agak membazir kerana bukan 24jam nak ngadap pun.


Nak atau tidak, dalam kekeluargaan harus ada tolenransi dan sikap mengalah.


Tapi aku pandai, cakap je nak layan cerita baru mesti kelam kabut permaisuri beta tutup dekoder dia.


Aku pun lajulah tukar wayar hdmi dibelakang tv untuk disambungkan ke kotak android tv.


Lama kelamaan perkara tu kelihatan agak menyusahkan kerana selalu kena cabut wayar hdmi, jadi terpaksa aku mencari alternatif dipanggil hdmi switch yang telah di import dari china.


Fahamlah kalau china ini, semua peralatan elekronik dia ada. Cuma kena sabarlah sikit jika order dari china sebab hampir sebulan baru sampai.


Harga pun tidaklah mahal mana sekitar RM26 sahaja untuk 3 port hdmi. Lepas ini mudahlah sikit nak ubah kotak dekoder tanpa perlu tukar wayar hdmi.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)