Terkini

Ketahui Bilakah Kita Patut Tukar Absober Kenderaan


Setelah beberapa kali aku melalui jalan pantai timur yang penuh dengan lencongan maklumlah masih kena lalui jalan-jalan kampung sebelum tiba di lebuhraya baru pantai timur tu.



Sebenarnya masih ramai pemilik kenderaan tidak memandang serius akan tentang absorber, kerana yang dia tahu asalkan boleh sampai ke distinasi yang ditetapkan sudah mencukupi.


Haaa, selalu berfikiran begini adalah kaum wanita mana taknya diorang ini selagi jentera tu boleh gerak selagi tu tidak mempunyai sikap sediakan payung sebelum hujan.


Sudah mengalami kerosakan kritikal barulah sibuk cari payung nak berteduh dari sinaran matahari, dimana ketika itu baru terhegeh mencari buku manual yang dikeluarkan oleh syarikat kenderaan.


Untuk pengetahuan pemilik kenderaan, buku manual ada masanya memang akan diperlukan untuk dijadikan bahan rujukan terutama untuk ketahui komponen apa yang ada jaminan warranty.


Baik atas pengalaman aku selama menggunakan kenderaan baik motosikal dan yang terbaru kereta, bila absorber atau monoshock sudah bermasalah kau akan terasa lenguh di bahagian pinggang selepas pemanduan atau ketika memandu.


Sebab apa sakit pinggang? ia kerana ketika kenderaan bergerak melalui jalan rata atau kurang rata, ia akan membuai keatas dan kebawah dan sekali dengan kau dibuainya.


Masalah membuai itu akan jadi lebih kritikal bilamana kenderaan kau terlebih muatan atau mempunyai penumpang dibelakang, mendap akan berlaku dan absorber standard atau bermasalah pula tidak lagi dapat menampung muatan "heavy duty" tersebut.


Seterusnya ketika memandu di jalan yang mempunyai lencongan, kenderaan akan terasa membuang ketika melalui selekoh dan masalah ini amatlah bahaya jika dibiarkan berlarutan.


Pula tu, ketika kenderaan anda sedang melalui jalan selekoh dalam keadaan sederhana laju atau terlebih laju masalah yang sering menghantui pemandu adalah terutamanya kurang keyakinan dan harus tahan stereng supaya tidak terlajak kerana ketika memandu dalam keadaan selekoh.


Stereng akan terasa bergerak oleh kerana sebab absorber lembut dan membuai juga besar kemungkinan keadaan tayar akan jadi leper. Sila rujuk petikan video dari youtube semasa ujicuba absorber yang bermasalah dan tidak bermasalah.



Ada lagi yang kita kena ketahui selain lihat dari faktor selekoh, iaitu apa yang aku dapat rasakan semasa melalui jalan lurus seperti lebuhraya selatan yang mungkin ketika itu melalui jalan yang agak tidak rata.


Ketika kenderaan bergerak dengan kelajuan perlahan semasa dijalan lurus, kita akan dapat rasakan kestabilan tapi bila ditambahkan sedikit kelajuan atau memotong kenderaan besar seperti lori atau bas.


Kenderaan kita akan membuai dengan laju sehinggakan stereng pun terasa ringan seperti tayar tidak cecah jalan, ini hanyalah pandangan teori aku ketika memandu tapi kalau nak buktikan bahawa tayar tidak cecah jalan agaklah sukar melainkan aku letak action cam di bahagian tayar.


Tapi aku tidaklah menghampakan pembaca dan jika nak tahu lebih lanjut apa maksud teori aku yang mengatakan tayar tidak cecah jalan silakan lihat video dibawah yang sumber diambil dari youtube.



Sekarang sudah faham apa peranan absorber atau monoshock di kenderaan anda? Jika ada yang sedang mengalami masalah sedemikian cepatlah cari peganti komponen tersebut atau ikatlah perut dengan besi dawai untuk mengumpul dana supaya dapat membuat gantian komponen kepada yang lebih baik.


Lihat juga artikel berkaitan disini.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)