WhatsApp hari ini mengumumkan bahawa pengguna akan dapat berkongsi lokasi secara nyata dengan rakan-rakan yang berada dalam senarai, ia juga salah satu ciri popular yang dipinjam dari syarikat induknya Facebook.
Ciri ini dipanggil 'Live Location', akan tersedia mulai hari ini dan akan datang akan dibawakan kepada versi iOS dan Android WhatsApp.
Facebook secara rasmi memperkenalkan perkongsian lokasi sementara di Messenger pada bulan Mei, setelah bereksperimen dengan idea dalam format yang berbeza selama bertahun-tahun.
Di bawah "Lokasi" dalam butang menu, tekan "Share Live Location." Anda juga boleh menetapkan masa untuk berapa lama mahu berkongsi lokasi bersama teman lain, dan boleh memilih pada siapa yang anda ingin kongsikan untuk melihat tempat anda berada melalui peta yang disediakan.
Ciri ini juga berfungsi jika ramai pengguna berkongsi lokasi pada masa yang sama, kerana dengan teknologi gps pada telefon pintar server akan dapat sentiasa kemaskini peta.
WhatsApp menjanjikan bahawa perkongsian lokasi akan diketatkan sekuriti. Waktu perkongsian lokasi juga kelihatan berfungsi sebagai keselamatan. Pengguna boleh memilih untuk berhenti berkongsi lokasi mereka atau biarkan ia dimatikan sendiri mengikut masa yang ditetapkan.
Kepada mana-mana pasangan pula, fungsi ini ada baik dan buruknya jadi seeloknya janganlah menjadikan ia sebagai pengikat kehidupan pasangan anda.
Kerana setiap manusia harus mempunyai sifat saling mempercayai antara satu sama lain. Jika sentiasa berfikiran negatif pada pasangan, mungkin anda adalah salah seorang manusia yang kurang kasih sayang dan memerlukan menjalani rawatan.
Rujukan - The Verge