Setelah puas bersabar menjahit bahagian koyak secara manual menggunakan tangan, jadi sudah sampai masanya untuk menaik taraf kepada penggunaan mesin.
Seperti biasa dalam fikiran sudah pasti ingin murah, bukan apa jika nak beli mesin jahit yang berkualiti contoh seperti jenama singer dan jika pandang dari ukuran poket aku ini kelihatan belum lagi berkemampuan.
Aku ni malas kalau bab hal kecil pun sampai nak berhutang, hutang 1 tahun pun dah rasa lama lagi kan lebih dari itu.
Nak jadikan cerita, setelah puas menolak troli di alam maya maka terjumpa pula sebuah mesin jahit (mini) dari china yang mempunyai beberapa ciri-ciri menarik dan paling bagus harganya mampu dimiliki.
Walaupun ia kelihatan kecil, tapi pada aku ciri-ciri yang ada pada mesin tersebut sudah memadai kerana bukannya nak digunakan untuk jahit baju kurung.
Paling tidak pun hanya digunakan ketika mempunyai masalah kain koyak atau mengubahsuai saiz seluar. Dengan adanya beberapa ciri yang menarik seperti memiliki sebanyak 12 bentuk jahitan.
Ia telah menarik perhatian para pembeli termasuk aku untuk memilikinya kerana dengan adanya ciri-ciri tersebut dan harga yang mampu dimiliki oleh semua peringkat golongan, maka sangatlah berbaloi dan pada sama ia juga didatangkan dengan mentol LED di bahagian jarum itu.
Harga promosi ketika aku beli boleh dikatakan murah dari harga yang sekarang ini iaitu bawah dari RM150 sahaja. Pula tu produk ini sangat ringan dan mudah dibawa kemana sahaja kerana ia juga mempunyai slot bateri bersaiz AA dibahagian bawah.
Juga didatangkan dengan pemijak kaki dan beberapa peralatan benang jahitan, cuma ingin aku katakan barang china sememangnya dikhaskan untuk pakai buang setelah mengalami kerosakan kritikal.
Dan atas pengalaman aku ketika menggunakan barangan elektronik dari china yang selalu bermasalah adalah kepala plug, komponen ini sering rosak kerana kualiti plastik dia memang tidak tahan dan mudah sahaja pecah.
Manakala komponen didalamnya jika dah sampai hayatnya, mulalah mengeluarkan bunyi yang kuat seperti nak tercabut mahupun akan rentung dengan sendiri jika guna terlalu lama.
Dengan tawaran harga yang murah dan disertakan beberapa ciri jahitan, pada pendapat aku mana yang masih kumpul duit atau mencari mesin jahit untuk permudahkan jahitan bahagian koyak bolehlah survey produk ini.
Dengar dari komen pengguna, mesin ini tidak dapat bekerja pada kain yang tebal seperti jeans dan ianya hanya sesuai digunakan pada kain nipis.