Sempena deepavali proton edar telah melakukan promosi servis percuma selama 5 tahun iaitu termasuk peralatan, pertukaran pelincir juga upah pemasangan.
Zhejiang Geely Holding Group (Geely) memperakui kelebihan Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton) dalam pembangunan casis, sekali gus akan dijadikan satu daripada sinergi yang akan dilaksanakan dalam perkongsian strategik.
Proton terkenal dengan kualiti casis dan ketahanannya cuma ada beberapa faktor yang perlu dibaik pulih sementara masih boleh dicegah.
Geely juga percaya boleh membawa nilai tambah terhadap aspek tersebut, selain meneroka pasaran pemanduan sebelah kanan bermula dengan Proton. Semua produk kenderaan Geely sehingga kini, adalah pemanduan sebelah kiri.
Bukan apa, sebenarnya kenderaan nasional boleh dikatakan sama kualiti dengan kenderaan import. Yang membezakan cuma ketahanan peralatan dan teknologi yang sedang digunakan.
Itu belum lagi bahagian harganya, jika ukur dengan poket rakyat marhaen di Malaysia rata-rata tidak ramai yang mampu memilik kenderaan proton kerana tawaran harganya kelihatan terlalu mahal juga termasuk dengan barang gantian.
Bagi pembeli yang sudah menggunakan kenderaan keluaran proton, sama sekali akan mengalami masalah gantian peralatan oleh disebabkan kualiti peralatan tidaklah boleh dipakai dalam jangka masa panjang.
Ada juga di dalam forum-forum mengatakan, pemilik kenderaan proton lebih gemar melakukan servis di bengkel-bengkel biasa kerana dapati kosnya lebih murah dari pusat servis proton yang sebenar.
Jadi harap dengan kemunculan Geely dapatlah mengubah layanan servis kepada pelangan dengan lebih baik, sebab ramai pemilik proton mengatakan pusat servis sendiri tidak dapat menyelesaikan masalah keluaran produk sendiri.
Rujukan Promosi - Proton
FB - Proton