Adakala komponen kecil kenderaan yang berada diluar pasaran lebih baik dari produk OEM.
Sebagai contoh yang ingin aku ketengahkan adalah penapis udara yang bekerja untuk menapis udara kotor terdahulu sebelum masuk ke dalam ruang enjin.
Dalam masa sama penapis udara juga memainkan peranan untuk mengawal jumlah udara yang masuk ke dalam ruang enjin, kerana engin tidak boleh terlalu terima lebihan udara kerana ia akan membuatkan pembakaran api cepat.
Pula tu teknologi dan sains juga mengatakan jika enjin menerima udara sedikit yang disebabkan penapis udara berhabuk dan kotor, maka prestasi enjin juga akan mempunyai masalah seperti kurang pickup dan sebagainya.
Jadi dengan pelbagai jenis dan jenama produk diluar pasaran turut memainkan peranan untuk membina produk lebih baik dari keluaran produk OEM.
Kita boleh lihat pelbagai reka bentuk yang menarik juga pelbagai kualiti jika nak dibandingkan dengan produk kilang sebagai contoh aku ambil gambar penapis udara OEM dari pengeluar
Produk OEM
Kelemahan produk OEM yang tak baiknya adalah gred kualiti, tapi tidak kata semua komponen tidak bagus. Bagi penilaian aku hanya beberapa komponen sahaja tidak menetapi citarasa pelangan.
Sebagai contoh penapis udara OEM yang diperbuat dari kertas, ia bukan sahaja mudah kotor malah terus tidak boleh diguna pakai setelah dicuci.
Jadi produk sebegini jika dilihat dari faktor ekonomi turut membuatkan pemilik terpaksa keluar duit untuk melakukan gantian setelah didapati kotor yang boleh menyebabkan udara tersumbat.
Produk Works Engineering
Baik, diatas pula adalah produk keluaran dari Works Engineering yang didatangkan dengan ciri-ciri mampu dibasuh dan diguna semula.
Penapis udara ini adalah untuk kenderaan model perodua axia dan harganya pada ketika ini adalah sekitar RM199 tidak termasuk kos penghantaran jika atas talian, apa yang aku dapati kualiti dia dan produk oem sangat jauh berbeza kerana jika oem bentuk penapis dia kelihatan sempit manakala jika keluaran W.Engineering ia berbentuk luas.
Dan dapati keliling penapis kertas itu jika OEM adalah diperbuat daripada plastik manakala jika keluaran W.Engineering ia diperbuat daripada getah tebal untuk memegang penapis tersebut.
Seterusnya pada kertas penapis udara OEM tidak memiliki apa-apa istimewa, manakala di penapis W.Engineering mempunyai lingkaran dawai besi untuk mengurung setiap penapis tersebut.
Mungkin oleh sebab kerana lingkaran dawai itu yang membolehkan produk W.Engineering mampu mempunyai ciri-ciri basuh dan digunakan semula.
Dalam sama waktu ia turut dapat menjimatkan kewangan pemilik kenderaan, tapi selalunya produk-produk jenis yang mempunyai kelebihan sebegini harganya adalah diluar poket manusia tapi kalau dah minat apa salahnya ikat perut dengan dawai pula.
Jika jenis orang yang suka fikir jangka masa panjang, nak jimat dan puas hati haruslah berani melabur lebih sikit.
MENUKAR PENAPIS UDARA AKAN MENJIMATKAN BAHAN API?
Tidak tepat sebenarnya kerana enjin dengan sistem suntikan bahan api moden akan memastikan nisbah bahan api yang disuntik masuk ke kebuk pembakaran adalah bersesuaian dengan kuantiti udara yang disedut masuk.
Ia mungkin benar suatu masa dahulu sewaktu enjin masih lagi menggunakan sistem karburator yang semestinya terjejas jika penapis dalam keadaan kotor.
KETAHUI CARA PENAPIS UDARA KENDERAAN BERFUNGSI
Penapis udara yang kotor boleh menyebabkan perjalanan udara ke dalam enjin menjadi terhalang dan kurang banyak sehingga terjadi masalah seperti yang dinyatakan di atas.
Banyak udara yang diperlukan oleh enjin untuk proses pembakaran dan sekiranya Penapis udara tidak di tukar, perjalanan udara yang masuk dalam enjin adalah kurang dan mengganggu proses pembakaran pada dalaman enjin anda, dan ini boleh juga mendatangkan impak pada prestasi kenderaan dan membuatkan masalah seperti kenderaan kurang pick up.
Produk aftermarket membolehkan lebih banyak aliran udara ke dalam enjin, untuk memantapkan lagi penggabungan bahan api dan udara, di samping menyekat kekotoran yang perlahan-lahan akan menjejaskan prestasi enjin.
Penapis udara sekunder biasanya terdiri daripada satu lapisan nipis kapas atau bahan lain yang ditempatkan di antara beberapa lapisan jaring nipis. Kebiasaannya, penapis udara didatangkan dari kilang hanya diperbuat daripada bahan seakan-akan kertas.
Disebabkan ianya diperbuat daripada kain, ia boleh dibasuh. Jimat dan sangat berguna untuk meningkatkan prestasi enjin.
Secara teori penapis udara turut memainkan peranan kelajuan enjin kerana udara yang masuk ke ruang enjin itu mampu meningkatkan prestasi kecepatan, cuma yang tak seronoknya besar kemungkinan petrol kenderaan anda akan mengalir seperti air.
Bila udara masuk dengan baik pembakaran api pula akan cepat maka dalam masa enjin akan mempunyai prestasi yang baik dan turut boleh menambahkan tahap kelajuan beberapa peratus.
LIHAT ARTIKEL BERKAITAN DISINI